Now Reading
Sufie Rashid Muat Naik Gambar Prewedding, Peminat Ramai Tak Sabar

Sufie Rashid Muat Naik Gambar Prewedding, Peminat Ramai Tak Sabar

Penyanyi kelahiran Singapura , Sufie Rashid dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan tunang beliau,  Nurul Ain Md Yusof pada bulan september ini. Mereka sebelum ini telah melangsungkan majlis pertunangan mereka pada 15 Disember  2018 di  kediaman keluarga Ain di Senawang, Negeri Sembilan.

Sufi dan Ain di majlis pertunangan mereka

Menerusi laman instagram miliknya, Sufie dilihat telah memuat naik beberapa keping gambar pre wedding mereka yang diadakan di Melbourne, Australia berserta kapsyen yang berbunyi , “ Keretapi dah sampai tok kadi bila lagi?

Ain juga turut dilihat memuat naik beberapa gambar sekitar prewedding mereka. Yelah sapa yang tak seronok nak kahwin kan. Perkongsian mereka telah menarik minat pengikut-pengikut mereka di sosial media.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dilihat tidak sabar untuk menunggu pasangan ini disatukan secara sah . Ramai juga yang turut mendoakan agar segala perancangan mereka dipermudahkan.

Wow!! Da nak dekat ni  ! @aishah3066

Sufierashid , jangan lupa jemput tau.. ! @kidshah

See Also

Hamboi captionnn. Sabar ye.. lagi 1 bulan 20 hari. @_imirxxhh

Photohrapher rasmi majlis mereka , HMPstudio mereka menerusi akaun instagram mereka juga telah memuat naik Behind The Scene-prewedding pasangan tersebut di entri mereka. Apa  kata anda saksikan. Serious cantik!

Mengikut perancangan, majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung pada 21 September 2019 ini di ikuti majlis persandingan pihak Ain pada keesokan harinya . Majlis di pihak Juara Akademi Fantasi 2015 pula akan di adakan pada 28 Sept  2019 di Singapura.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.