fbpx

Senarai 15 Tiktok Star yang Paling Meletop Di Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/BuEZdNMHvAT/

Tiktok, adalah satu aplikasi media sosial yang tengah trending, bukan sahaja di Malaysia malahan serata dunia. Boleh di lihat, rata-rata penggunanya adalah dari golongan  generasi Z (Gen Z) memandangkan target market mereka sememangnya adalah generasi muda namun turut digunakan oleh segelintir golongan dewasa.

Aplikasi  yang direka khas untuk penggunanya mempertontonkan 15 saat klip video hasil ciptaan mereka kepada umum ini, begitu kaya dengan konten konten yang menarik dari segi video lip-sync, komedi , tarian , dan ‘challenge’ menyebab kan  aplikasi ini semakin mendapat sambutan dan  orang ramai mula tertarik untuk mencuba nya.

Sedikit sebanyak trend ini membantu melahirkan lebih ramai lagi bintang Tiktok atau lebih popular dengan panggilan Tiktok Star. Ye lah, lebih ramai pengguna , lebih banyak permintaan betul tak? Lebih banyak permintaan maka lebih banyak lah bekalannya.

Namun dalam beribu bintang pasti ada beberapa yang lebih bersinar bukan ? Samalah macam bintang-bintang ni! Jadi kat bawah ni kami senaraikan secara countdown 15 TikTok Star yang paling famous di dunia.

#15 Savannah Soutas & The LaBrant Family – 14 Juta

Foto : Savannah Soutas

Savannah Soutas adalah ketua atau perancang bagi keluarga yang cukup terkenal di youtube ini iaitu The Labrant Family. Suami nya Cole LaBrant dulunya adalah seorang bintang Vine dari kumpulan yang dikenali sebagai Dem White Boyz. IG dua anak mereka yang berumur 6 dan 7 tahun itu sahaja sudah mencecah 1 juta pengikut.

#14 Garisma Chaurasia 14.3 Juta

Foto : Gimi Ashi

Garisma Chaurasia atau turut dikenali sebagai Gima Ashi, 21 merupakan Tiktok Star yang berasal dari India. Dia yang juga merupakan seorang model mula popular pada February 2019 lalu setelah video lip-sync dan tariannya mengikuti lagu “boht Hard” di Tiktok menjadi viral

#13 Lauren Godwin – 14.7 Juta

Foto : Lauren Godwin

Lauren Godwin, kebiasaanya akan menghasilkan konten humor dan komedi yang berkisarkan kehidupan normal ‘ seorang gadis yang masih bersekolah di Houston’ . Teman lelaki nya, Sebastian Bails juga adalah seorang Tiktok Star, mereka kerap kali dilihat melakukan prank dan aktiviti Challenge sesama sendiri.

#12 Awez Darbar – 15.3 Juta

Foto : Awez Darbar

Awez Darbar di tempat yang ke 10 dengan 15.3 Juta pengikut. Dia yang berasal dari India amat dikenali menerusi video-video original koreografi dan tarian di Tiktok nya

#11 Jayden Croes – 15.9 Juta

Foto :Croes Brothers

Jay Croes, adik kepada Gilhem Croes . Pasangan ini cukup dikenali dengan nama Croes Brothers. Baru berumur 20 tahun.

#10 The Dobre Twins – 16.6 Juta

Foto : The Dobre Twins

Lucas dan Marcus Dobre di tempat ke 10 dengan 16.6 Juta pengikut. Mereka adalah pasangan kembar dan kebanyakan kontek-konten mereka pasti menyelitkan unsur komedit skit, prank dan aktiviti gimnastik. Mereka juga aktif ber-Vlog.

#9 Riyaz Afreen – 18.3 Juta

Foto : Riyaz Afreen

Riyaz Afreen , remaja yang berumur 15 tahun ini merupakan seorang pelakon setelah beberapa beberapa video miliknya di Tiktok menjadi viral. Dia selalu menampilkan TikTok Star dari India yang lain seperti Mr. Faisu dan Aashika Bhatia dalam video miliknya.

#8 Gilmher Croes – 18.4 Juta

Foto :Gil Croes

Gil Croes seorang lagi krew dalam kumpular popular Croes Brothers , Dia yang berumur 26 tahun boleh dikategorikan antara yang tertua di antara semua TikTok Star yang famous.

#7 Jannat Zubair Rahmani – 19.2 Juta

Foto : Jannat Zubair

Jannat Zubair Rahman di tempat yang ke 7 dengan pengikut seramai 19.2 Juta. Dia yang juga merupakan seorang pelakon dari India telah memulakan kareer lakonan sejak berumur 8 tahun.

#6 JiffPom -19.4 Juta

Foto : JiffPom

Satu-satunya haiwan yang berada dalam senarai, Jiffpom bukan sebarang anjing pomerania, ia adalah pemegang 2 Guiness world record disebabkan kepantasannya berlari menggunakan hanya 2 kaki depan. Anjing popular ini juga pernah keluar di Muzik Video Katy Perry bagi Lagu Dark Horse.

#5 Jacob Sartorius – 20.7 Juta

Foto : Jacob Sartorius

Seperti Baby Ariel, Jacob Sartorius sudah cukup dikenali dari Musical.ly sebelum aplikasi tersebut di Beli oleh TikTok. Namanya melonjak naik sehingga berjaya menceburi bidang muzik secara mainstream .

#4 Kristen Hancher – 23Juta

Foto : Kristen Hancher

Kristen Hancher, gadis berumur 20 tahun yang sangat dikenali dengan video-video lip sync nya dan warna rambut yang pelbagai. Dia bagaimanapun dikatakan telah menyertai Kumpulan ‘Team 10 ‘ yang diketuai oleh Jake Paul

#3 Mr.Faisu -23.7 Juta

Foto : Mr. Faisu

Mr. Faisu atau nama betulnya Faisal Shaikh adalah TikTok Star dari India yang paling popular di aplikasi ini. Dia juga adalah krew yang paling dikenali dalam grup media sosial dari India, Team 07

#2 Baby Ariel – 29.8 Juta

Foto : Baby Ariel

Baby Ariel atau Ariel Martin, merupakan individu pertama yang berjaya mendapat lebih dari 20 juta pengikut di Musical.ly , aplikasi yang telah di jelmakan semula menjadi Tiktok.

#1 Loren Gray – 32.6 Juta

Foto : Loren Gray

Mengungguli carta di tempat pertama dengan 32.6 Juta pengikut di Tiktok. Loren Gray, 17 dulunya popular di Snapchat dan turut mempunyai show sendiri disana yang dipanggil “Glow Up’. Dia juga pernah dicalonkan di Teen Choice Awards dan People’s Choice Award. Loren Gray baru-baru ini muncul dengan single pertamanya ” Can’t do It ” pada May yang lalu.

Nota : Apa-apa pun senarai ni tak termasuk selebriti yang terlebih dahulu popular di luar seperti Zach King, Cameron Dallas , dan Jojo Siwa. Turut tidak tersenarai adala kembar Lisa dan Lena yang telah pun menutup akaun Tiktok Mereka. Sebagai rekod kembar dari German ini dulunya adalah pemegang rekod TikTok dengan pengikut paling ramai iaitu 32.3 Juta sebelum di pintas Loren Gray.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.