fbpx
Now Reading
“Aku Nak Tengok Siapa Yang Nak Kecam.” Bengang dengan Netizen Fiza Halim Muat Naik Foto Tak Bertudung

“Aku Nak Tengok Siapa Yang Nak Kecam.” Bengang dengan Netizen Fiza Halim Muat Naik Foto Tak Bertudung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Fiza Halim hari ini menjadi sensasi di internet gara-gara posting yang dimuat naiknya Instagram. Dia dilihat memuat naik dua gambarnya tidak bertudung yang diyakini gambar lama berserta status kapsyen ‘berapi’ yang boleh dilihat seperti ditujukan kepada segelintir netizen.

“Aku nak tengok siapa nak kecam. Pakai jubah pun kena kecam,nampak bayang kat tudung botol pun kena kecam,rambut sehelai terkeluar pun hampa boleh zoom. Hebat! Hebat!

Bekas penyanyi kumpulan Elite turut menyatakan yang teguran dan nasihat yang ingin diberikan sepatutnya biarlah bertempat dan dengan cara yang betul

“Nasihat boleh nasihat tapi biarlah berpada-pada dan yang paling best,  yang komen semuanya private acccount.  Sebelum korang semua nak bercakap pasal aurat, mulut kena jaga juga ” katanya lagi.

Dalam nada kesal, pada itu  Fiza turut meluahkan yang dia bukan seorang yang  baik namun sedang cuba belajar untuk  ke arah tersebut

“Aku mengaku aku bukan orang baik tapi aku perlahan-lahan nak jadi baik. Aku tak suk suka hipokrit. Daripada semua sibuk mencari neraka orang mereka kena ingat, jangan sampai syurga sendiri terabai.

“Kalau lepas ni korang dah tak minat dan tak suka aku , aku pun tak kisah. Bukan korang ketuk pintu dan bagi aku makan. Aku adalah aku , tak perlu nak tunjuk baik depan orang(lain)” tambahnya lagi.

https://www.instagram.com/p/B1LJ9C6gtlm/

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.