fbpx
Now Reading
Rasis? Seriously ? Itu Hanya Bahasa – Michael Ang Isu Belajar Tulisan Jawi

Rasis? Seriously ? Itu Hanya Bahasa – Michael Ang Isu Belajar Tulisan Jawi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B1IkEGlHoLB/

Rasanya semua orang perasan yang negara kita kini sedang kecoh mengenai isu pengenalan tulisan jawi di sekolah vernakular. Ada yang bersetuju dan ada juga yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan rancangan untuk memasukkan silibus tersebut.

Foto : MimbarKataBlog

Isu ini turut mendapat perhatian pengarah terkenal Michael Ang, yang tampil berkongsikan pendapat peribadinya. Menerusi perkongsian di Instagram, Michael memberitahu yang dia tidak menolak silibus tulisan jawi tersebut kerana baginya ia hanyalah sekadar pelajaran bahasa, yakni tak akan mengubah kepercayaan agama seseorang.

“Bagi saya belajar bahasa tidak akan mengIslamkan mengBudhist kan atau MengHindu kan seseorang itu kerana  ia hanya satu bahasa” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan yang positif atas ulasan penerbit tersebut,  malah ramai berpendapat bahasa yang digunakan masih lagi bahasa kebangsaan  tetapi ianya ditulis menggunakan jawi.

Kaligrafi Jawi Foto: Diwani Kraf

Ada juga yang turut menerangkan yang tulisan jawi sebenarnya merupakan satu seni  yang dipanggil kaligrafi, Dan  yang pasti jawi adalah tulisan dan bukanlah bahasa seperti yang disalah ertikan sesetengah pihak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.