fbpx
Now Reading
Nina Iskandar Umum Kehamilan, Kongsi Gambar Baby Bump

Nina Iskandar Umum Kehamilan, Kongsi Gambar Baby Bump

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B1ftWaIDVfk/

Nina Iskandar semalam menerusi akaun instagram nya telah mengumumkan berita gembira mengenai kehamilan anak pertamanya . Dia turut memuat naik gambar baby bump untuk tatapan pengikutnya dan orang ramai.

Pelakon popular yang berusia 28 tahun itu turut mengatakan yang kehamilannya itu adalah satu rahmat  dan hadiah teristimewa buat dia dan suami, penolong pengarah drama Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah .

“Bismillahirahmanirrahim, masa berlalu pantas  dan dalam masa yang singkat ini,  terlampau banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya

“Syukur Alhamdulillah, suami dan saya teruja  untuk mengumumkan kepada semua yang kami sudah ada si kecil.

“Terima kasih atas doa kalian “turut Nina lagi pada ruangan Kapsyen.

Terdahulu pasangan ini telah disatukan pada April lalu dalam semua majlis sederhana  diikuti majlis resepsi secara besar-besaran di Forest Valley Hall,Cheras 4 bulan kemudiannya . Baca artikel berkaitan di sini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.