fbpx

Hormati Privasi Aazief Khalid Dan Saya – Tyra Kamaruzzaman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mereka yang mengikuti perkembangan dunia hiburan pasti sudah mengetahui yang hubungan antara anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid dan pengasas jenama kosmetik BeuTYRA, Tyra Kamaruzzaman sudah berakhir.

Namun masih ramai yang tidak mempercayainya kerana hubungan mereka sebelum ini dilihat baik-baik sahaja.

Kisah cinta Tyra-Aazief sudah berakhir beberapa bulan yang lalu.

Tyra, turut berpendapat yang Azief berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja memandangkan hubungan mereka berdua telah pun berakhir sejak beberapa bulan lalu.

“Saya rasa saya perlu bersuara kerana ianya sudah agak tidak terkawal

“ Saya juga turut merasakan yang orang ramai patut berhenti dari menghantar gambar individu dari masa lalu saya kerana kami kini sudah tidak bersama sejak beberapa bulan yang lalu.

“Dia berhak melakukan apa saja dan menemui sesiapa sahaja yang dia mahukan. Agak menjengkelkan kerana hampir setiap hari saya mendapat gambar-gambar mereka.

Turut Tyra lagi,  dia kini gembira dan berharap yang orang ramai terutamanya netizen yang kuat membawang agar menghormati privacy dia juga Aazief.

Saya kini menjalani kehidupan yang gembira dan amat berpuas hati dengan keaadaan semasa saya. Jadi saya merasakan yang saya tidak perlukan sesiapapun untuk menyampai berita atau gambar kepada saya tentang apa yang telah mereka nampak dan lihat. – Tyra Kamaruzzaman

“Jadi tolong hormati kehidupan dia dan saya. Terima kasih” kata Tyra menutup perkongsiannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.