fbpx
Now Reading
“Datin Halau Saya, Datin Mulut Jahat” – Pemuda OKU Berhenti Kerja, Shahida Cerita Kisah Sebenar.

“Datin Halau Saya, Datin Mulut Jahat” – Pemuda OKU Berhenti Kerja, Shahida Cerita Kisah Sebenar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ni kami pernah menceritakan mengenai Syukri pemuda kurang upaya yang datang dari Segamat semata-mata untuk berjumpa idolanya Aliff Syukri sehingalah pemuda tersebut akhirnya diambil bekerja sebagai pembantu figura umum terbabit.

Baca sini : Sanggup bergaji RM 500 Asalkan bekerja dengan Idola

Boleh dikatakan keakraban Syukri atau lebih dikenali sebagai Boy dan Aliff Syukri menarik minat orang ramai kerana mereka dilihat banyak bersama malah kadang kala menghabiskan masa bersama membuat klip video tarian . Muka pun seiras bak kata Netizen.

Namun kebelakngan ini kelibat pemuda ini tidak lagi dilihat, sehinggalah Shahida membuka mulutnya semalam.

Syukri Diberhentikan Gara-gara Meminta Kenaikan Gaji Tidak Munasabah

Isteri kepada Usahawan Aliff Syukri itu megeluarkan kenyataan bahawa Boy Syukri telah diberhentikan gara-gara perselishan faham mengenai gaji.

Boy Syukri yang asalnya hanya meminta gaji sebanyak Rm500 namun Shahida bersetuju untuk memberinya RM 1000 sebulan. Tidak sampai beberapa ketika anak muda itu meminta kenaikan gaji dari 1000 ke RM 2000.

Beranggapan yang permintaannya tidak munasabah dan kerjanya tidak setimpal dengan gaji yang di minta, Shahida akhirnya memberhentikan Syukri.

Namun di faham kan Boy Syukri yang diberhentikan pulang ke Segamat. mengadu nasib dan dikatakan mencanang ceriya yang Shahida bermulut jahat.

Syukri mengadu nasib kepada seorang kenalan lalu cerita mula tersebar

Syukri kemudiannya menenui seorang kenalan, lalu menceritakan kisah nya sewaktu bersama keluarga Alif Syukri. Kemungkinan dia yang kecewa kerana diberhentikan mengadu nasib dan telah memfitnah Shahida bermulut jahat.

Beranggapan apa yang diceritakan itu betul, wanita itu memuat naik kisah tersebut di Status Whatsapp miliknya sebelum ‘seseorang’ mengambil Screenshot status whatsapp tersebut dan di viralkan di sebuah akaun fake Instagram (difahamkan akaun IG tersebut bukan milik wanita berkenaan)

Shahida menafikan kenyataan tersebut

Shahida membidas segala fitnah dari akaun IG tersebut , dia turut menyatakan yang dia sekeluarga melayan Syukri sehabis baik- bertentangan dengan apa yang di tulis oleh pemilik akaun terbabit. Malah Shahida turut menegaskan apa sahaja yang dia makan itu juga lah yang Syukri makan.

Shahida turut di hubungi oleh Abang Syukri bertanya kan perihal adiknya malah turut memohon maaf sekiranya adik nya ada menyusahkan.

Dan dalam masa sama, Syukri merayu untuk bekerja balik dengan Shahida

Lepas dia berhenti dia ada hubungi PA Datuk (Aliff Syukri) untuk bekerja kembali .Kalau kami jahat buat apa dia nak bekerja (disini) balik – Shahida

Malah Shahida turut memuat naik bukti perbualan whatsaap berkenaan .

Shahida turut di hubungi oleh Abang Syukri bertanya kan perihal adiknya

Shahida dihubungi oleh kenalan Boy Syukri

Beberapa ketika kemudiannya, Shahida memuat naik perkongsian menyatakan yang dia sudah dihubungi oleh wanita berkenaan, Ainul yang didakwa menyebar fitnah tersebut. Hasil dari perbualan mereka segala apa yang disebut Ainul di Whatsappnya ( juga di virakan di Akaun fake IG terbabit) adalah dari cerita mulut Boy Shukri sendiri.

” Alhamdulillah Ainul ( wanita berkenaan) dah hubungi saya, rupanya banyak sangat fitnah Syukri ni buat.

Dia cakap saya bakar baju miliknya, halau dia sehelai sepinggang, macam manalah orang tak simpati dengar cerita dongengnya. Harap Syukri (Boy) jumpa kami semua dan betulkan balik fitnah dia – Datin Shahida

Difahamkan Ainul sedang mengaturkan satu pertemuan supaya dia , Syukri dan Shahida dapat berjumpa supaya perkara ini dapat diselesaikan.

Apa-apa pun diharap kisah ini tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan segera dan secara baik.

Namun yang menjadi tanda tanya siapakah yang mengViralkan kisah berkenaan di Instagram?

Usaha untuk mensesasikan berita tidak benar itu juga seakan tidak menjadi kerana langsung tidak diketahui oleh mana-mana media . Malah kisah ini hanya diketahui selepas Shahida membuka mulut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.