fbpx
Now Reading
Aku Tewas, Maafkan Aku” – Zarina Anjoulie Respon Isu Buka Hijab dan Video Belanja?

Aku Tewas, Maafkan Aku” – Zarina Anjoulie Respon Isu Buka Hijab dan Video Belanja?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B2gZKp8ndjv/

Pelakon yang dulunya penuh dengan isu dan kontroversi, Zarina Anjoulie semalam sekali lagi menggemparkan dunia hiburan gara-gara perkongsian berani mati nya di ruangan InstaStory miliknya.

Dia yang sebelum ini sudah bertudung menutupi kepala  tiba-tiba memperlihatkan kembali rambut blondenya.

Bukan itu sahaja, Zarina malah mengejutkan banyak pihak kerana berani tampil dengan hanya memakai ‘camisole’ yang sangat terdedah sehingga menampakkan hampir separuh bahagian dadanya.

Artikel berkaitan disini : Belanja Buah Dada Di Insta Story, Apa Jadi Pada Zarina

Ekoran dari perkongsian tersebut, Zarina teruk dikecam netizen malah oleh peminatnya sendiri yang tidak menyangka Zarina akan bertindak sejauh itu.

 Terbaharu, menerusi entri  di Instagramnya , Zarina memuat naik sekeping gamba dirinya yang kini tidak lagi berhijab dengan kapsyen “Aku tewas, maafkan aku. Aku terima kecaman dengan minda yang terbuka”

Walapun tidak menulis panjang  atau menerangkan maksud di sebalik kata-kata tersebut, rata-rata netizen mengaitkan ungkapan maaf itu dengan tindakan nya ‘mencabut tudung’ dan beraksi berani mati di depan kamera.

Zarina yang manis bertudung.

Di lihat ke ruangan komen rata-rata netizen dan pengikutnya meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pelakon ini. Namun masih ramai yang berharap Zarina kembali Istiqamah, tidak kurang yang meminta dia untuk memikirkan tentang masa hadapannya anaknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.