fbpx
Now Reading
Yang Pukul Bini & Mertua Tu Bukan Aku – FB Issey Fazlisham Kena Serang

Yang Pukul Bini & Mertua Tu Bukan Aku – FB Issey Fazlisham Kena Serang

Yang Pukul Bini & Mertua Tu Bukan Aku –  FB Issey Fazlisham Kena Serang 1

Baru-baru ini kecoh satu Malaysia apabila video kejadian seorang lelaki yang memukul bekas isteri dan bapa mertuanya sehingga berdarah teruk di viralkan orang ramai yang begitu marah dengan tindakan kejam lelaki berkenaan.

Artikel berkaitan di sini: Belasah Bekas Isteri dan Mertua Tanpa Belas Kasihan

Netizen kita yang hebat bukan sahaja berjaya menjumpai nama lelaki terbabit malah gambar dan tempat kerja juga berjaya dikesan.

Namun yang menghairankan , Issey Fazlisham  atau nama betulnya Fazlisham Mat Hussin, yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan insiden, malahan tidak mengenali lansung lelaki berkenaan turut mendapat kesan sehingga dicemuh peminat gara-gara mukanya yang kelihatan seiras dengan lelaki tersebut.

Yang Pukul Bini & Mertua Tu Bukan Aku –  FB Issey Fazlisham Kena Serang 3

Issey  menerusi akaun Instagramnya telah memberikan penjelasan yang lelaki didalam gambar dan video tersebut bukan dirinya.  Malah dia turut menyatakan yang dia banyak di tag berkemungkinan kerana wajah mereka yang ada sedikit persamaan.

Terbaharu, pengacara itu berkongsikan satu screenshot komen dari FB yang melihatkan dia sekali lagi dicemuh oleh netizen yang menyangkakan Issey ada lah lelaki terbabit.  Malah wanita itu turut mengajak orang ramai untuk memboikot dan menghalau Issey keluar dari Malaysia.

Yang Pukul Bini & Mertua Tu Bukan Aku –  FB Issey Fazlisham Kena Serang 4

Issey yang tidak melatah bagaimanapun dilihat hanya ketawa malah masih mampu bergurau dan menyatakan yang dia bukan lah lelaki yang didakwa oleh wanita berkenaan malah mengharapkan dirinya tidak di cemuh oleh orang ramai lagi.

See Also
Yang Pukul Bini & Mertua Tu Bukan Aku –  FB Issey Fazlisham Kena Serang 2

Bini belum dapat lagi, bini siapa kau tumbuk

Yang Pukul Bini & Mertua Tu Bukan Aku –  FB Issey Fazlisham Kena Serang 5
Yang Pukul Bini & Mertua Tu Bukan Aku –  FB Issey Fazlisham Kena Serang 6
Yang Pukul Bini & Mertua Tu Bukan Aku –  FB Issey Fazlisham Kena Serang 7

Rakan-rakan artis turut menganggap perkara ini melucukan, malah ada yang berpesan agar Isey bersabar melayan kerenah netizen.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.