fbpx
Now Reading
Rajah, Filem Hollywood Yang Turut Dibarisi Rahim Razali, Bront Palarae, Shaheizy Sam

Rajah, Filem Hollywood Yang Turut Dibarisi Rahim Razali, Bront Palarae, Shaheizy Sam

Rajah Putih/Raja Putih atau Rajah Sarawak  adalah satu dinasti pemerintahan oleh satu keluarga dari barat yang pernah memimpin sarawak iaitu keluara Brooke. Kisah mengenai Raja Sarawak terutamanya James Brooke ini masih di ingati dan dikagumi oleh  kebanyakan rakyat Sarawak sehingga kini.

Terbaru, sebuah filem Hollywood berkisarkan mengenai Raja Sarawak pertama itu bakal di hasilkan dengan watak utamanya, Brooke akan di dibawakan oleh pelakon Ireland,  Jonathan Rhys Myers yang dikenali melalui filem The Tudors and The Vikings dan beberapa lagi filem lain seperi Bend it Like Beckham, Match Point , Velvet Goldmine dan Mission: Impossible III.

Apa yang lebih menariknya ialah, 3 pelakon terkenal dari Malaysia turut membintangi filem berkenaan iaitu Datuk Rahim Razali yang akan memegang watak sebagai Sultan Brunei, Bront Palarae sebagai Pengiran Indera Mahkota,seteru utama James Brooke, dan Shaheizy Sam sebagai Subu, sahabat baik Raja Putih itu yang berketurunan melayu Sarawak.

Bront Palarae sebagai Pengiran Indera Mahkota, seteru utama Brooke

Selain mereka, dua lagi selebriti dari bumi kenyalang iaitu Peter John dan Kahar Jimi akan turut berlakon

Penerbit Rajah, Rob Allyn yang dihubungi oleh portal StarLifeStyle  turut memaklumkan yang pelakon dari Indonesia Ariquah Hasiholan akan memegang watak Fatima, seorang gadis yang digilai Brooke.

See Also

Shaheizy Sam sebagai Subu, sahabat baik James Brooke

Dipetik dari The Hollywood Reporter ,aktres Hong Kong Josie Ho dan Dominic Monaghan juga akan terlibat dengan cerita berkenaan dengan masing-masing membawa watak sebagai bekas kekasih dan sepupu kepada James Brooke.

Diarahkan oleh pengarah popular Michael Haussman, penggambaran filem bakal bermula 24 September ini dan dijangka akan tamat dalam tempoh sebulan, iaitu hujung Oktober

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.