fbpx
Now Reading
Aliff Aziz Kantoi Lagi? Pelakon Baru Dedah Perangai Aliff Selepas Berpisah Dengan Bella

Aliff Aziz Kantoi Lagi? Pelakon Baru Dedah Perangai Aliff Selepas Berpisah Dengan Bella

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rata-rata tahu kisah Aliff dan  Bella yang telah pun berpisah pada Mei lalu. Ada yang kesian pada Aliff dan mengharapkan agar Bella kembali bersatu dengan penyanyi terbabit dan ada juga yang berpendapat mungkin pengakhiran sebegini terbaik untuk Bella selepas berkali-kali di kecewakan Aliff.

Baru sahaja kisah mereka heboh di media sosial selepas mereka berdua dilihat menyanyi bersama dalam satu sesi IG Live yang menyebabkan netizen tak senang duduk

Baca artikel berkaitan : Bella IG Live Bersama Aliff, Netizen Pula Meluat

Bella kemudiannya menerangkan yang bekas suaminya, Aliff dalam proses untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.

Tup tup ! Muncul seorang wanita  menerusi perkongsian di Twitter nya yang mendedahkan perangai sebenar Aliff selepas dia dan Bella berpisah.

Wanita berkenaan adalah seorang pelakon, Christine Joanne yang baru sahaja menempa nama dalam industri hiburan dan juga pemenang kedua di Miss Malaysia Kebaya Pahang 2019

Difahamkan tujuan Joanne memuat naik perkongsian tersebut adalah untuk memastikan tiada wanita lain yang akan menjadi mangsa sama seperti dirinya.

Joanne mendakwa, dia mula mengenali Aliff Aziz selepas di tegur oleh penyanyi kelahiran Singapura berkenaan di Instagram. Dari situ mereka mula berhubungan dan Aliff sering kali berkongsi masalahnya kepada wanita berkenaan.

Namun tidak sampai beberapa hari berkenalan, Alif dikatakan telah meluahkan perasaannya, malah Aliff turut memberitahunya yang bekas isterinya Bella sudah “move on” jadi Aliff  berpendapat dia juga harus bertindak sedemikian.

Joanne turut menyertakan bukti mesej perbualannya bersama Aliff di Whatsapp

Selang beberapa ketika, Aliff memberitahu yang Bella ada menghubunginya untuk bertemu di Singapura. Disebabkan itu penyanyi kacak berkenaan telah menyekat Joanne di Whatsapp kerana khuatir Bella yang akan ke Singapura akan dapat menghidu hubungannya bersama wanita berkenaan di aplikasi Whatsapp.

Difahamkan mereka kemudian banyak berhubungan melalui aplikasi Telegram

Hubungan dia dengan Aliff senyap selepas ada ura-ura Aliff bakal kembali dengan Bella menyebabkan Joanne sedikit kecewa.

Joanne turut menghubungi Bella untuk menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi dan dalam masa merasakan orang ramai harus tahu apa sebenarnya yang terjadi antara dia dan Aliff.

Perkongsian ini juga sebagai mesej untuk semua wanita agar sentiasa beringat dan berjaha-jaga agar tidak mudah menjadi mangsa. Joanne dalam masa sama sudahpun memaafkan Aliff, namun menekankan yang hati dan perasaan seorang wanita tidah seharusnya dipermainkan.

Perkongsian ini lebih kepada untuk mengingatkan wanita agar lebih berjaga-jaga – Christinne Joanne

Perkongsian ini turut menyebabkan Joanne dikecam oleh netizen kerana seakan tidak mengenali perangai sebenar Aliff seperti yang diketahui ramai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.