fbpx

“Maaf Kalau Saya Tak Jawab Panggilan Atau Balas Whatsapp” – Ayah Hafreez Adam Meninggal Dunia

Agak mengejutkan apabila mendapat perkhabaran yang ayah kepada pelakon drama Pencuri Cinta Kelas Satu, Hafreez Adam baru sahaja meninggal dunia semalam.

Itu pun selepas Hafreez memuat naik entri di Instagramnya memohon maaf kepada kenalan dan orang ramai yang gagal menghubunginya kerana dia baru sahaja kehilangan ayahnya pada awal 2 pagi.

“Assalamualaikum semua, saya Hafreez Adam, ingin memohon maaf kepada semua yang cuba menghubungi/whatsapp saya jika panggilan tidak dijawab atau whatsapp tak dibalas.

“Ayah saya baru kembali ke rahmahtullah pagi tadi sekitar 2am. Dan baru selesai dikebumikan tengahari tadi. Minta jasa baik semua untuk sedekahkan Al-fatihah untuk arwah. Terima Kasih” tulis Hafreez

Hafreez  bagaimapun tidak berkongsi dengan lebih lanjut tentang kehilangan ayah tercintanya itu.

Pihak Buzzkini mengucapkan salam takziah kepada Hafiz dan keluarga  di atas pemergian ayahnya. Semoga arwah ditempakan bersama golongan-golongan yang beriman.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.