fbpx
Now Reading
“Belajar Agama Untuk Tujuan Berdakwah Bukan Untuk Menunjuk “- Suami Sindir Lufya Omar?

“Belajar Agama Untuk Tujuan Berdakwah Bukan Untuk Menunjuk “- Suami Sindir Lufya Omar?

Kemelut rumah tangga pelakon Lufya Omar dan suami bagai tiada penghujung. Difahamkan baru baru ini  suaminya, Dr Che Hafiz telah membuat laporan polis terhadap Lufya kerana mendakwa pelakon tersebut telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya di media sosial.

Terbaru, Che Hafiz melaui perkongsian di Instagramnya seakan memerli isterinya yang dilihat kerap ke kelas agama agar tidak menunjuk-nunjuk , Malah dia turut menyatakan belajar agama sepatutnya untuk menjadi manusia yang lebih baik bukan untuk menutup keburukan diri sendiri.

“Belajar agama itu bagi tujuan berdakwah di samping mengajak rakan-rakan ke arah kebaikan. Bukannya untuk menunjuk-nunjuk dan menutup siapa diri kita sebenar. Yang penting, keikhlasan hati dan niat itu kena betul,” tulisnya.

Tidak pasti jika sindiran tersebut ditujukan kepada siapa namun yang pasti Lufya beberapa hari sebelumnya baru sahaja memuat naik beberapa perkongsian sewaktu menghadiri majlis ilmu bersama penceramah terkenal Ustaz Ebit lew.

Kisah rumah tangga mula mendapat perhatian masyarakat selepas bekas peserta Akademi Fantasia musim ke 6 itu mendakwa telah dianiaya suaminya yang disifatkan ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya . Malah dia turut mendakwa mengalami kemurungan  selain kecederaan fizikal akibat perlakuan suaminya.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.