fbpx
Now Reading
Natasha Hudson Akhirnya Bercerai Buat Kali Ke-4

Natasha Hudson Akhirnya Bercerai Buat Kali Ke-4

Model dan aktres cantik, Natasha Hudson akhirnya sekali lagi menjanda selepas mahligai rumahtangganya dengan suami Noor Nashriq Sekanor berkecai.

Hanya bertahan tidak sampai setahun; menurut Natasha, perkahwinan nya hanyalah indah khabar dari rupa.

Dipetik dari mStar, walaupun enggan mendedahkan punca perpisahan mereka, Natasha berkata rumah tangga mereka yang dibina sejak Disember 2018 itu dipenuhi dengan penipuan dan permainan mental.

“Ya, saya sudah bercerai dengan talak satu dan sepanjang melalui perkahwinan ini dipenuhi dengan penipuan dan permainan mental.

“Jadi, saya tinggalkan dia. Ia memerlukan keberanian untuk saya lakukannya. Saya perlu menyelamatkan diri daripada kesengsaraan dan pengorbanan.

“Mungkin saya jenis tak nak cerita semua kisah silam atau sedih mengenai perkahwinan saya secara umum tapi ini adalah pengalaman yang paling teruk,” kata Natasha kepada portal tersebut.

Aktres itu bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat penceraian mereka

Jelas Natasha lagi, perpisahan ini memberi peluang kepadanya untuk membahagiakan diri sendiri selain fokus pada kehidupan masa hadapan.

See Also

“Ini adalah titik permulaan baru untuk saya sayang diri sendiri yang sebelum ini tak pernah lakukan. Saya selalu gembirakan orang, sekarang saya ingin fokus pada diri dan pandang ke hadapan.

“Sekarang ini, saya nak gembira. Zaman kanak-kanak saya sudah dipenuhi dengan banyak parut luka tapi Allah sekali lagi menguji saya untuk jadi lebih kuat, bijak dan sedar setiap tindakan serta keputusan saya dalam hidup,” ujar Natasha lagi.

Sebelum ini perkahwinan pertamanya hanya bertahan selama empat bulan sebelum dia mendirikan rumah tangga dengan Datuk Shahrin Zahari yang mana perkahwinan keduanya itu berjaya bertahan selama 2 tahun.

Natasha kemudian berkahwin buat kali ke-3 dengan Carleed Khaza pada 2012.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.