fbpx
Now Reading
Bergema Satu Dewan Apabila Giliran Fikry Ibrahim Ambil Ijazah

Bergema Satu Dewan Apabila Giliran Fikry Ibrahim Ambil Ijazah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B3ZYw7zhu09/

Rasanya nama pelakon Fikry Ibrahim sudah cukup dikenali di Malaysia. Mula menjejakkan kaki dalam industri hiburan dengan menyertai rancangan Lawak Solo pada 2016, nama Fikry terus meningkat selepas diberi peluang membawa watak penting dalam drama Hero Seorang Cinderella.

Dari situ namanya semakin dikenali dan hasilnya kini Fikri semakin mendapat tempat di hati peminat menyebabkan pelakon ini tidak berhenti-henti menerima tawaran lakonan.

Namun dalam kesibukan berseni, Fikry Ibrahim lansung tidak melupakan statusnya sebagai pelajar di UiTM malah difahamkam pelakon kacak ini sudah menamatkan pelajarannya dan baru selesai menghadiri majlis konvokesyennya.

Berterima kasih kepada semua yang banyak menyokong dirinya

Menerusi posting di Instagram, Fikri memuat naik sekeping foto graduasinya berserta ucapan ringkas  terima kasihnya kepada keluarga, para pendidikan, rakan-rakan dan semua yang banyak membantu dirinya.

Bergema Dewan Bila Selebriti Ambil Ijazah

Berstatus sebagai figura umum, pasti kehadiran Fikry menjadi tumpuan. Menerusi video yang dikongsikan peminatnya, dapat dilihat satu dewan bergema dengan  tepukan saat nama Fikry di umum pengacara majlis untuk mengambil ijazah.

Rakan artis dan orang ramai turut mengucapkan tahniah.

Tahniah buat Fikry Ibrahim dari kami di Buzzkini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.