fbpx
Now Reading
“Ayah Bawa Teksi, Mak Kerja Pejabat Untuk Besarkan Kami “Datin Seri Nur Shahida Dedah Wajah Ibu Bapanya

“Ayah Bawa Teksi, Mak Kerja Pejabat Untuk Besarkan Kami “Datin Seri Nur Shahida Dedah Wajah Ibu Bapanya

Bila bercerita pasal usahawan kosmetik terkenal, Aliff Syukri, dua nama hebat yang dilihat sentiasa dibelakangnya tidak lain dan tidak bukan iaitu ibunya, Bonda Rozita dan juga isteri, Nur Shahida. Namun antara dua mereka ini, Bonda Rozita lebih dikenali malah kisah jatuh bangunnya semasa mengasaskan produk Sendayu Tinggi cukup diketahui orang ramai.

Berlainan dengan Shahida, walaupun sudah lama memijakkan kaki dalam industri hiburan sebagai ‘Shahida Solehah’ dan pernah menggegarkan iman sekalian kaum Adam di Malaysia sewaktu tampil sebagai model iklan jenama Sunsilk, kisah hidupnya bagaimanapun agak kurang diketahui.

Namun baru-baru ini menerusi Instagram , Shahida akhirnya berkongsi sekeping gambar kedua ibu-bapanya buat tatapan umur, malah dia turut menceritakan kisah dan kenangan di zaman kanak-kanaknya dibesarkan kedua orang tuanya

“Dulu ayah saya bawa teksi membesarkan kami 7 beradik. Saya seorang (sahaja) perempuan. Biasa(nya) sebelum dia keluar bawa teksi pagi2 dia dah susun duit belanja sekolah atas TV ambik la sorang satu,sekarang ni paling rajin telefon saya (hari2 telefon tanya khabar)

“Risau sungguh dia dengan saya. Hari-hari saya cakap saya ok je jgn risau. Saya baik-baik sahaja.

See Also

Shahida yang pernah menarik perhatian lelaki sewaktu menjadi model iklan Shampoo

“Mak saya pula kerja pejabat, pagi-pagi sebelum kerja dia akan masak dulu untuk anak-anak makan sampai la dia balik kerja nanti. Begitulah jadi mak ayah kan, sekarang masa (untuk) saya pula jadi ibu jaga anak-anak, bukan senang nak besarkan anak-anak zaman sekarang. Macam-macam pengaruh.

Dalam masa sama, bekas penyanyi dan model ini mendoakan kesejahteraan buat semua mereka yang bergelar ibu dan ayah.

“Semoga semua ibu bapa kita diberi kesihatan yang baik dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat” doa Shahida menutup katanya.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.