fbpx
Now Reading
Ini Semua Akibat Saya Alpa Dengan Dunia – Selepas Datuk Red Anak Pula Dalam Proses Cerai

Ini Semua Akibat Saya Alpa Dengan Dunia – Selepas Datuk Red Anak Pula Dalam Proses Cerai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum tahu kemelut yang melanda rumahtangga penyanyi Adira dan Datuk Red selepas wanita berkenaan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada bulan lalu.

Baca artikel berkaitan : Datuk Red tolak permohonan cerai Adira

Belum selesai dengan masalah rumahtangganya, yang terbaru Datuk Red sekali lagi diduga apabila anaknya pula kini dalam proses penceraian.

Rumahtangga Adira Dan Datuk Red yang dilandai badai teruk.

Menerusi perkongsian di Instagram, Datuk Red meyatakan perkahwinan anak perempuan nya juga sedang diuji selepas setahun mereka suami isteri mendirikan rumah tangga.

 Dipetik dari Gempak, Datuk Red mengatakan yang semua ini terjadi akibat kealpaannya dengan kehidupan dunia.

“Mereka (anak dan menantu) pun nak bercerai, Allah duga saya sangat kuat.

“Anak saya baru 20 tahun dan usia perkahwinannya juga baru masuk setahun.

“Pada saya, ini semua akibat saya alpa dengan kehidupan dunia… Inilah balasannya,” katanya kepada portal berkenaan.

Datuk Red turut berkongsi foto semasa dia dan anaknya berada di Mahkamah Syariah Kuala Selangor . Difahamkan anaknya ini adalah anak bersama bekas isteri pertamanya yang dikahwini ketika berumur 20 tahun .

Semoga mereka tabah menghadapi dugaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.