fbpx
Now Reading
“Lagu Ni Tiru Sebiji Tergantung Sepi” Komposer Dakwa Band Dari Indonesia Plagiat Lagu Nyanyian Haqiem Rusly

“Lagu Ni Tiru Sebiji Tergantung Sepi” Komposer Dakwa Band Dari Indonesia Plagiat Lagu Nyanyian Haqiem Rusly

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B3pJBbDFFW-/

Komposer muda yang sedang meningkat naik, Sir Khan Danial menerusi postingnya di Instagram mendakwa sebuah band dari Indonesia, Symphony Band telah memplagiat lagu nyanyian Haqiem Rusli, Tergantung Sepi

Malah turutnya, lagu yang diberi judul baharu Pergi Saja itu mengekalkan keseluruhan melodi asalnya dan hanya mengubah lirik semata.

“Ramai sudah mesej saya berkenaan lagu Pergi Saja oleh Symphony band kejadah apa tak tahu.

“Lagu ini tiru sebiji melodi Tergantung Sepi hampir 100 peratus, berapa ‘bars; jangan tanyalah dia langgar habis. Setelah disiasat, band baru ditubuhkan, YouTube channel baru buat 7 Sept tahun ini dan sememangnya mat-mat Indonesia ini cari nahas,” tulisnya lagi.

Komposer itu turut menyarankan pihak pengurusan FMC untuk mengamil tindakan pantas kerana telah kerap kali kejadian sedemikian berlaku.

“FMC Music sila ambil tindakan yang sepatutnya di bawah ‘copyright infrigement’ atau plagiaris.

“Kena tembak sikit mereka ni. Tak habis-habis rembat hasil usaha orang. Kebenaran tak minta. Semua langgar!” tambahnya.

Lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusly ini pernah memenangi tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 32 dan didicipta sepenuhnya oleh Gouffran & Ibu.

* Update: Lagu itu bagaimanapun difahamkan telah di padamkan dari akaun Youtube mereka pagi tadi

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.