fbpx
Now Reading
“Dalam Hati, Jangan Gaduh Pulak Dekat Sini” – Zulin ‘Awkward’, Studio Tegang Isu Body Shaming

“Dalam Hati, Jangan Gaduh Pulak Dekat Sini” – Zulin ‘Awkward’, Studio Tegang Isu Body Shaming

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu body shaming makin kerap kali diperkatakan sejak kebelakangan ini.  Ia todal mengenal mangsa bukan sahaja masyarakat biasa malah golongan selebriti dan figura umum juga turut terpalit dengan isu body shaming ini yang kebiasaannya terjadi di platform media sosial.

 Keadaan yang semakin tidak terkawal ini juga menyebabkan PDRM mengeluarkan satu kenyataan bahawa body shaming terutamanya di media sosial adalah satu kesalahan jenayah.

Baca artikel berkaitan : Body Shaming Satu Jenayah

Namun pernah tak korang bayangkan apa yang akan terjadi kalau mangsa berpeluang berjumpa dengan orang yang  pernah mengecamnya di media sosial secara berdepan di dunia nyata dan anda pula kebetulan berada sama di sana?

Itu yang dialami Zulin Aziz sewaktu terlibat dalam segmen bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI) mengenai isu ‘body shaming’

Dalam program yang bersiaran pada Ahad lalu, Zulin mengakui berasa kekok untuk terus berada dalam rancangan berkenaan selepas timbulnya suasana tegang di antara dua tetamu lain yang hadir pada program berkenaan iaitu model albino Azfar Firdaus dan seorang influencer berbadan sado, Shazwan Zafran.

Keadaan dikatakan mulai tegang apabila Azfar mendedahkan pernah menerima satu tweet ancaman di akaun Twitternya, dan secara kebetulan individu yang memuat naik tweet itu adalah Shazwan yang turut hadir memandangkan mereka berdua termasuk Zulin pernah menjadi mangsa ‘body shaming’

Difahamkan dalam tweet berkenaan Shazwan telah mengaitkan diri Azfar dengan sebuah artikel mengenai golongan albino yang dikerat untuk ritual sihir.

Tweet yang dikatakan di tulis oleh Shazwan kepada Azfar :

“Dan aku kat sebelah tu kekok. Erkk. Dalam hati cakap, ish jangan gaduh pulak kat sini.

“Nasib baik kalau tak jadi filem Joker,” tulisnya di laman Twitter.

Klip sedutan ‘awkward moment’ yang terjadi ketika sesi temu bual itu berlangsung telah menjadi viral di Twitter selepas seorang pengguna, @Burhan_plays  memuat naik klip berkenaan sehinggakan klip berkenaan mendapat 35.9k retweets dan 29.8k tanda suka

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.