fbpx
Now Reading
Bergambar Bersama Anjing Husky, Nabila Huda Siap Sedia Beri Penjelasan Awal Buat Netizen

Bergambar Bersama Anjing Husky, Nabila Huda Siap Sedia Beri Penjelasan Awal Buat Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bukan mudah sebenarnya bergelar seorang selebriti, apa sahaja kata-kata yang keluar dari mulut anda atau apa sahaja tindak tanduk anda pasti menjadi perhatian masyarakat. Sekiranya positif pasti dipuji namun jika sebaliknya pasti mendapat kecaman

Baru-baru ini Nabila Huda telah memuat naik foto dirinya bergambar bersama seekor Anjing baka Siberian Husky ketika sedang bercuti di New Zealand. Seperti biasa pasti gambar tersebut menjadi perhatian ramai.

Namun pelakon itu dari awal lagi telah memberi penjelasan bahawa dia sudahpun bersuci selepas bermesra dan bergambar bersama binatang tersebut.

“Helo semua! Relax saya dah cuci muka dan samak ” tulis Nabila sebagai kapsyen

Kapsyen tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen, namun ada segelintir yang mengeluh apabila pelakon itu perlu memberikan penjelasan terlebih dahulu bagi mengelakkan dari menjadi mangsa serangan netizen.

Apa-apa pun tindakan bijak Nabila itu jika dilihat dari sudut positif sebenarnya adalah satu usaha untuk mengelakkan diri nya dari di fitnah kerana semua orang tahu sekeping gambar boleh membawa seribu satu erti jika tidak di dijelaskan secara terperinci.

Tahniah Nabila dan Selamat Bercuti!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.