fbpx
Now Reading
Fitnah Rita Rudaini, Dua Lelaki Buat Permohonan Maaf Terbuka[Video]

Fitnah Rita Rudaini, Dua Lelaki Buat Permohonan Maaf Terbuka[Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menghampiri ke tarikh akhir tempoh dua minggu yang di berikan Rita kepada 2 individu yang memfitnah status dua anak lelakinya, malam tadi (30 October) kedua mereka akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka.

Baca artikel berkaitan :  Rita Rudaini Bakal Saman Netizen Fitnah Sah Taraf Anak

Mengaku memfitnah Rita di media sosial

Mereka sekaligus mengakui tindakan mereka memfitnah Rita di media sosial masing-masing di Instagram dan juga Facebook.

Dipetik dari Harian Metro, kedua lelaki itu iaitu Ahmad Najib Mat Arif iaitu pengguna akaun IG @ahmadsan81 dan juga Hafiidz Ahmad Mustaffa pengguna akaun Facebook  hadir dan bersemuka dengan Rita dan peguamnya di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

“Mereka hadir bersemuka dengan saya atas kesilapan mereka sendiri. Seperti yang saya mahukan, mereka kena hadir dan tampil bersemuka dengan saya.

“Melalui percakapan yang direkod, kedua-duanya mengakui kesilapan berdasarkan komen yang ditulis di akaun IG dan Facebook saya.

“Saya berharap permohonan maaf mereka ikhlas dan tidak akan buat lagi. Biar perkara ini menjadi pengajaran kepada semua,” katanya.

Mungkin saman malu

Peguam Rita, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Naya bagaimanapun berkata aktres berkenaan masih mempertimbangkan untuk membuat saman malu.

“Memandangkan perkara ini sudah menular di semua platform media sosial dan berangkai, anak guam saya akan mempertimbangkan untuk saman malu.

“Perkara ini juga memberi kesan kepada dua anak Rita apabila turut ditanya di sekolah mengenai status mereka dan isu ini. “Sekali gus, ia mencalar imej, maruah diri dan kredibiliti Rita. Apa pun, pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pihak media

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.