fbpx
Now Reading
Elfira Loy Kadangkala Tersasul Bahasakan Diri Kakak Bila Bercakap Dengan Anak

Elfira Loy Kadangkala Tersasul Bahasakan Diri Kakak Bila Bercakap Dengan Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru sahaja menimang cahaya mata pada awak bulan lalu, sudah pasti  perkara ini menjadi satu pengalaman indah buat pelakon Elfira Loy serta suaminya, Faris Khairol Anuar.

Yelah, dari berdua kini bertiga,  pasti ianya sangat mengujakan lagi-lagi buat mereka yang memang telah lama mengidamkan mempunyai keluarga kecil sendiri.

Terbaru di IG, Elfira ada berkongsi sekeping foto dirinya bersama anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf sewaktu sedang melakukan pemeriksaan kesihatan. Gambar tersebut menarik perhatian rakannya yang seakan tidak percaya bahawa Elfira sudah pun mempunyai anak dan berstatus seorang ibu.

Elfira kemudian membalas komen sahabatnya itu dengan menyatakan yang dia sendiri pun masih belum percaya bahawa dia sudah bersatus seorang ibu sehingga kadangkala tersasul membahasakan dirinya kakak.

Secara kebetulannya pelakon itu sebelum itu ada berkongsi foto dia bersama anaknya dengan kapsyen lucu memanggilnya kakak.

Pengakuan Elfira itu membuatkan pengikutnya terhibur malah ramai mengakui pernah merasakan perkara yang sama seperi Elfira saat baru bergelar seorang ibu dan bapa.

Namun ada juga yang menyatakan Elfira dan anaknya tidak ubah seperti adik dan kakak memandangkan pelakon itu yang kelihatan cantik dan nampak muda.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.