fbpx
Now Reading
Saya Tak Boleh Jadi Alif (Satar) Dan Dia Tak Boleh Jadi Saya- Nabil Ahmad

Saya Tak Boleh Jadi Alif (Satar) Dan Dia Tak Boleh Jadi Saya- Nabil Ahmad

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerap dikritik dan selalu dikatakan berlebihan, Nabil Ahmad bagaimanapun lansung tidak tersinggung walapun dia kini turut dibandingkan pula dengan Alif Satar

Dipetik dari Gempak, Nabil berpendapat, dia dan Alif masing-masing mempunyai kelebihan dan cara pengacaraan tersendiri . Dia turut berpendapat Alif tak mungkin menjadi dia dan dia juga sama tidak boleh menjadi Alif kerana masing-masing mempunyai identiti tersendiri.

“Saya tak boleh jadi Alif dan dia tak boleh jadi saya. Itu kehebatan dan perbezaan hos masing-masing. Alif ada cara dia, kalau saya jadi macam dia orang akan kata saya propa. Saya dah buat GV selama enam tahun dan takkan tiba-tiba saya nak ubah menjadi Alif? Alif pula kalau cuba jadi saya dan lawak tu tak sampai, apa pula kesannya pada dia? – Nabil Ahmad

“Jadi, masing-masing ada keunikan mengacara sesebuah rancangan dan saya akan terus buat perangai saya mengikut terma dan syarat rancangan itu sendiri,” katanya kepada portal berkenaan

Namun pada Nabil dia sentiasa terbuka dan bersedia menerima kritikan kerana padanya penonton berhak mengemukakan pendapat mahupun cadangan mengenai cara pengacaraannya.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.