fbpx
Now Reading
“Waktu Macam Ni Dia Luangkan Masa Dengan Sang Pencipta” – Rakan Rakam Haqiem Rusli Mengaji Di Lewat Malam

“Waktu Macam Ni Dia Luangkan Masa Dengan Sang Pencipta” – Rakan Rakam Haqiem Rusli Mengaji Di Lewat Malam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B16Gl_aAXhH/

Nama Haqiem Rusli tidak perlu dikenalkan lagi dalam industri hiburan, mula dikenali selepas menyertai program Idola kecil musim 1, nama nya terus melonjak sehingga kini sebaris penyanyi-penyanyi senior lain.

Namun Haqiem tidak terkecuali dari mendapat kecaman gara-gara isu penyakit yang dihadapinya suatu masa dahulu sehingga kan pemuda ini terpaksa memohon maaf kepada peminat dan media.

Ianya meredakan keadaan, dan dalam masa sama mengangkat kembali reputasi Haqiem sebagai penyanyi ‘clean’ malah baru-baru ini tindakannya menutup aurat peminat sebelum memuat naik foto mereka di sosial media turut mendapat pujian ramai.

Terbaru, bintang ini sekali lagi menjadi buah mulut netizen, gara-gara aktiviti ‘malam’ yang dilakukannya.

Seorang pengguna Twitter @sapiksam mendapat perhatian netizen kerana berkongsikan satu klip video pendek yang menyaksikan Haqiem Rusly sedang membaca ayat suci Al-Quran pada lewat malam.

Tengah lena diulit mimpi, ingatkan apa yang terang tadi, pastu ada bunyi orang mengaji. Toleh-toleh adui segan rasanya

“Waktu macam ni dia luangkan masanya dengan sang pencipta , Allahu. Soory Haqiem Rusli, rakam senyap-senyap.

Perkongsian ini dalam masa beberapa hari sahaja sudah mendapat 20,000 ka tontonan. Dilihat pada ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif malah ramai yang turut menyatakan tindakan Haqiem patut dijadikan contoh.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.