fbpx
Now Reading
‘Kalau Boleh Mahu Ali Berehat Dulu’ – Man & Mamak Puteh Mungkin Berdua MLM Minggu Ini

‘Kalau Boleh Mahu Ali Berehat Dulu’ – Man & Mamak Puteh Mungkin Berdua MLM Minggu Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anggota bersama dalam kumpulan Puteh iaitu Man & Mamak sudah sepakat mahu Ali berehat dahulu dari mengadakan persembahan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 minggu kelima pada jumaat ini

Dipetik dari Gempak mereka berdua mahu Ali berehat dahulu memandangkan dia baru kehilangan anak kesayangannya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah .

“Saya dan Man kalau boleh mahu Ali berehat dulu, bagi dia cool down, ada semangat balik kerana dia baru kehilangan anak kesayangannya.

“Saya dan Man mungkin berdua sahaja minggu ini. Kami tak risau kerana rasanya produksi faham situasi dilalui Ali dan keadaan Ali sekarang,” katanya kepada portal Gempak.

Man dalam masa sama turut menjelaskan, sepanjang MLM 2019 ini dia dapat melihat yang Ali merupakan seorang bapa dan sahabat yang berjiwa kental.

“Bila dia dapat tahu anak dia ada masalah jantung, kami tahu dia resah tapi dia tetap kuatkan semangat.

“Setiap hari dia berulang-alik ke hospital dan selepas itu jumpa kami dan bekerja macam biasa. Dia tetap beri idea yang baik untuk content setiap minggu.

“Ada kalanya emosi dia nampak terganggu dan kami tidak pernah push dia untuk berada di pentas MLM 2019 setiap minggu.

“Tapi Ali ni degil…Dia kata, kalau anak dia boleh bertahan dia pun boleh bertahan. Lagi pun kata Ali,  ini tempat dia cari makan dan tanggungjawab tetap kena pikul,” turutnya lagi.

Bagamanapun kedua mereka meletakkan keputusan di tangan Ali.

“Kami harap Ali tabah menjalani dugaan terbesar dalam hidupnya ini dan Puteh akan sentiasa bersama dia dalam apa jua keadaan sekali pun,” kata Man dan Mamak.

Jenazah dikebumikan selepas solat Asar selepas dimandi dan dikafan di Hospital Serdang disembahyangkan di Masjid Zakaria Baru, Batu 8 Gombak. Turut hadir sewaktu majlis pengebumian Ali ialah, Abam, Khir Rahman, Joey, Afdlin Shauki, Tomok, Zalif Sidek dan Hazone XOXO.

Sharifah Nur Ainul Mardhiah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.30 pagi  selasa, 26 November akibat kegagalan paru-paru, di Hospital Serdang selepas mesin bantuan pernafasan ditanggalkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.