fbpx

Info Sebelum Menonton Ejen Ali The Movie Untuk Anda

Info Sebelum Menonton Ejen Ali The Movie Untuk Anda 1

Filem animasi popular tempatan Ejen Ali The Movie yang sekian lama ditunggu sudah pun keluar di pawagam sejak semalam, 28 November. Seperti yang dijangkakan sambutan yang begitu hangat telah diberikan oleh peminat filem animasi tempatan.

Satu yang pasti Ejen Ali The Movie bukan sahaja sesuai ditonton oleh kanak-kanak malahan orang dewasa. Namun bagaimana pula mereka yang teringin nak menonton namun tak tak tahu jalan cerita atau tak pernah lansung menonton series Ejen Ali sebelum ini. Mesti blur kan??

Jangan risau baca perkongsian serba sedikit di bawah ini mengenai watak dan maklumat ringkas Ejen Ali The Movie untuk memudahkan anda tahu serba sedikit mengenai mereka, oleh seorang pengguna Twitter, Amirul Hanafy.

Ejen Ali

Info Sebelum Menonton Ejen Ali The Movie Untuk Anda 3

First, aku introduce dulu watak penting untuk musim 1. Ni Ali, seperi yang kau dah tahu, dia watak utama. Mahupun dia memegang watak utama, dia tak OP (over-powered) dan sangat lemah. Dia jadi Ejen sebab insiden sahaja.

Ejen Alicia

Info Sebelum Menonton Ejen Ali The Movie Untuk Anda 4

Ni Alicia, rakan sekelas Ali. Ali ingat dia seorang Ejen, walhal orang yang paling dia menyampah pun Ejenmate dia. Anak kepada General Rama. Cemerlang dalam pelajaran.

General Rama

Info Sebelum Menonton Ejen Ali The Movie Untuk Anda 5

Ni General Rama, memegang jawatan as General di Agensi MATA. Aku nampak dia as coordinator di agensi risikan tu. Dia akan bagi misi pada ejen-ejen bila ada kes. MATA: Meta Advance Tactical Agency.

Ejen Bakar

Info Sebelum Menonton Ejen Ali The Movie Untuk Anda 6

Ni Ejen Bakar, pakcik Ali. Dia Ejen senior di MATA. Selain itu, ada watak-watak lain lagi untuk Ejen Ali The Movie iaitu Viktor, Niki, Ejen Bobby, Ejen Fit dan Dato’ Othman dan banyak lagi.

Dalam MATA, terdapat 4 jenis teras. Neuro (Kuning), Tekno (Merah), Inviso (Putih), dan Kombat (Biru). Setiap teras memainkan peranan masing-masing dan diwakili oleh warna tersendiri. Setiap teras akan diketuai oleh seorang Individu, dipercayai berada di hierarki tertinggi Ejen.

Sekadar info : Warna teras dalam Ejen Ali mewakili warna-warna dalam Bendera Kebangsaan.

Bandar Cyberaya ( Bukan Cyberjaya okeh!)

Info Sebelum Menonton Ejen Ali The Movie Untuk Anda 7

Mereka tinggal di bandar bernama Cyberaya, sebuah bandar yang pesat dengan kemajuan dan teknologi. Di Cyberaya terdapat 3 Peneraju Utama yang menyumbangkan pada kemajuan bandar pesat ini.

Info Sebelum Menonton Ejen Ali The Movie Untuk Anda 8

Secara asasnya, Ali secara tak sengaja memiliki salah satu senjata prototaip milik MATA. Malah, dia juga terpaksa activate senjata ini untuk menyelamatkan keadaan. Ini adalah IRIS.

Info Sebelum Menonton Ejen Ali The Movie Untuk Anda 9

Dos (Kiri) dan Trez (Kanan) hampir memiliki Iris. Merekalah yang penyebab Iris dicuri dari tempat simpanan khas Iris, dan kecuaian mereka juga penyebab Iris lolos ke tangan Ali.

Info Sebelum Menonton Ejen Ali The Movie Untuk Anda 10

Mereka cuba dapatkan balik Iris dari Ali, namun kehadiran Ejen Bakar menyelamatkan keadaan. Ejen Bakar menyuruh Ali activate Iris untuk selamatkan diri Ali namun tindakan itu membuatkan Iris dimiliki oleh Ali buat selamanya.

See Also
Info Sebelum Menonton Ejen Ali The Movie Untuk Anda 2

Gedebuk gedebak, Bakar terpaksa bawa Ali ke markas MATA untuk melaporkan misinya. General Rama bengang sebab teknologi Iris melekat pada Ali. Sehinggakan sampai tahap dia nak bunuh Ali semata-mata nak keluarkan Iris namun diberi pilihan yang kurang mengembirakan.

Iaitu melantik Ali sebagai Ejen dan membantu Ejen lain dalam misi-misi MATA. Bukan sahaja Iris terikat pada Ali, malah Ali turut terikat dengan MATA. At first Ali excited nak jadi Ejen, tapi disebabkan dia lemah, selalu kena sindir, dia selalu mental breakdown.

Sejak jadi Ejen, Ali kena lanyak kaw-kaw untuk improvise kemahiran kombat dan pengendalian teknologi. Dia punya lemah sampai terpaksa di latih oleh Ketua Teras Neuro, yang yakin terhadap kemampuan Ali.

Dalam musim 2, Ali melayakkan diri untuk menjalani latihan di Akademi MATA. Akademi latihan yang paling intensif dan serius untuk memastikan setiap Ejen dari MATA mampu menyelesaikan misi dengan sempurna.

Hari pertama di Akademi Latihan M.A.T.A! Semua Ejen, berkumpul untuk MISI : ORIENTASI, 5.30 petang ini di TV3#ejenali #ejenalimusim2 #animationMY

Posted by Ejen Ali on Friday, 29 September 2017

Kehadiran Ali di Akademi ni tidak memuaskan hati banyak pihak. Ali masuk Akademi semata-mata ada Iris sedangkan orang lain masuk dengan potensi sendiri. Sepanjang latihan, nampaklah Ali paling noob melainkan dia guna Iris, tu pun noob juga.

Salah satu episod dalam Musim 2, ahli akademi diberi tugasan untuk mencipta satu teknologi sebagai ‘assignment’. Di sini, Ali cipta 3 set (kalau tak silap) Iris ATLAS untuk team dia.

Apa tu ATLAS? ATLAS ni versi Iris yang synchronize dengan Iriz. Dia tak stand-alone, kena bergantung pada Iris pada Ali. Iris akan transfer semua data pada ATLAS dan setiap user nampak apa yang Ali nampak. Namun setiap penggunaan Atlas akan melemahkan Ali sebab tumpang kuasa.

Ciptaan Ali mengejutkan MATA dan MATA sudi buat improvement pada Iris ATLAS. Atlas tak melekat pada user, ianya boleh dipindahkan dengan mudah. Mungkin melalui Atlas ini, MATA berjaya menghasilkan Iris versi baharu seperti yang kita dipertontonkan dalam trailer movie ejen ali.

So korang yang dah baca tu, boleh la menonton Ejen Ali The Movie tanpa segan silu, Kalau rajin tengok la semua siri di Youtube Ejen Ali, Hehe Selamat Menonton!! Support Filem Tempatan!

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.