fbpx
Now Reading
Kantoi! Ernie Zakri Mengaku Sayang Syamel Gara-gara Takut Direnjat Elekrik

Kantoi! Ernie Zakri Mengaku Sayang Syamel Gara-gara Takut Direnjat Elekrik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua orang tahu keakraban Ernie Zakri dan rakan duetnya Syamel, namun ia tidak berhenti di pentas nyanyian sahaja. Mereka berdua turut terlihat bersama dalam bidang perniagaan.

Ini menyebabkan timbulnya spekulasi dari peminat yang merasakan bahawa mereka berdua ini sebenarnya sedang bercinta namun kedua mereka tampil menafikan dan menyatakan yang hubungan mereka sekadar rakan baik sahaja.

Tapi Ernie bagaimanapun ‘terlepas’  sesuatu gara-gara dipaksa bermain satu challenge yang dinamakan ‘Electric Shock Challenge’ bersama Stacy Anam selepas tamat konsert Mentor Milennia 2019 minggu ke 8 semalam.

Permainan tersebut yang memerlukan peserta untuk menjawab soalan dengan betul atau bakal direnjat elektrik  oleh  sebuah device yang berada di tangan mereka pada mulanya dimulakan dengan Ernie menyoal Stacy, sebelum bertukar sebaliknya.

Apa yang menariknya, soalan yang ditanyakan Stacy merupakan soalan yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang terutamanya peminat Ernie mahupun peminat Syamel,  iaitu : “Sayang Abang Mel (Syamel) Tak?

Ernie yang agak terkejut pada mulanya bagaimapun terdiam beberapa detik sebelum menjawab “Sayang” . Wowww

Dia bagaimanapun direnjat eletrik selepas menjawab soalan tersebut.So tak sayang la kannnn ??

Haha. Anda silap!  sebab Ernie dan Stacy sendiri meragui tahap kemampuan mesin tersebut dalam mengesan kebenaran sesuatu perkara.

Ernie Zakri mengaku sayang Syamel sebelum direnjat Foto: Mentor Milenia 2019

Lebih menguatkan kenyataannya tadi , Erni selepas di direnjat elektrik, berkata dia seharusnya menipu sewaktu disoal sekiranya mengetahui yang dia tetap direnjat malah dia sama seperti Stacy turut bersetuju yang mesin tersebut yang tidak berfungsi dengan baik”

“Aku patut tipu lah. Ini (Mesin) yang menipu bukan kita! “ sambil menunjuk pada peranti tersebut. Jadi kesimpulannya, Ernie Mengaku Sayang Syamel

Haha kantoi sudah!

Tengok video di bawah.

Ernie Zakri Kantoi Sayang Syamel?

Adakah desas desus yang mengatakan hubungan Ernie dengan Syamel terjawab dalam challenge electric shock challenge usai konsert Mentor Milenia 2019 minggu 8 ??

Posted by BuzzKini on Monday, 2 December 2019

Lihat soalan kepada Stacy yang kelakar dan sungguh tak disangka! Kerana takut direnjat keduanya menjawab sejujur habis.

Apa-apa pun berita baik bagi Mentor Milennia minggu ke 8 ialah tiada penyingkiran oleh Juri Tetap Datok Syafinaz. Buat anda jangan lupa saksikan Mentor Milennia 2018 Separuh Akhir pada Ahad ini 8 Disember 2019 di Facebook TV3 Malaysia!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.