fbpx
Now Reading
“Ahli Sekeluarga Sedang Sesuaikan Diri “ – Elfira Loy, Isu Panggilan Kakak Kepada Anak

“Ahli Sekeluarga Sedang Sesuaikan Diri “ – Elfira Loy, Isu Panggilan Kakak Kepada Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggemar dunia hiburan pasti pernah terdengar mengenai Elfira yang sebelum ini mengakui masih tersasul dengan membahasakan dirinya sebagai kakak kepada anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf.

Bagaimanapun saat ditanya oleh mStar mengenai perkara terbabit, pelakon itu menjelaskan ianya bukanlah satu perkaya yang serius sehigga perlu diviralkan.

Malah menurut Elfira, anaknya itu adalah kehadiran bayi pertama dalam keluarga dan dia dan yang lain masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan panggilan baru

“Mengenai isu itu, tiada apa-apa serius yang perlu diviralkan, ahli keluarga saya semuanya sedang menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi dalam keluarga kami. Saya tidak pernah ada anak buah dan tidak pernah dipanggil ‘mama’ atau ‘Aunty EL’.

“Selama baby dalam perut pun saya selalu bercakap dengan kucing saya dan bahasakan diri sebagai kakak. Perkataan kakak tu sudah terbiasa membuatkan saya selalu gunakan perkataan itu,”

Elfira Ulas Isu Panggilan Kakak

Elfira Loy yang sudah hampir 2 bulan bergelar seorang ibu turut berkongsi yang dia tidak menghalang sesiapa sahaja untuk mendekati anaknya,kerana lebih memilih untuk menjaga hati orang lain.

Bagaimanapun, Elfira berkata dia  amat menitik beratkan kebersihan Rayyan demi menjaga kesihatannya.

“Tak adalah setiap kali orang datang nak peluk cium dia saya nak kena beritahu pasal benda itu atau menghalang mereka. Benda begini sudah berleluasa dan mereka semua pun dah tahu baby masih fragile dan kita tak tahu kalau dia ada kulit sensitif atau apa.

“Saya cuma harap mereka faham dan ada saja yang datang, pegang dan cium dia tapi kalau saya cakap nanti buat mereka sakit hati pula. Jadi apa yang selalunya saya buat, terus cuci tangan dan muka anak saya,” katanya portal itu lagi.

Dia turut menambah yang tidak semua ibu bapa peka mengenai penyakit berjangkit yang boleh menyerang bayi melalui sentuhan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.