“Berjaga Sebab Alisa Celik 4 Pagi” – Hanis Zalikha Gelar Hairul Wira
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apa sahaja yang dilakukan keluarga selebriti Hairul Azreen – Hanis Zalikha pasti menjadi perhatian, apatah lagi Hairul masih lagi hangar diperkatakan disebabkan filem Wira lakonannya yang begitu meletup dan ‘in’ di pawagam.
Terbaru, Hanis Zalikha melalui Instagram memuat naik foto suaminya sedang bermanja dengan anak kedua mereka, Alisa. Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen Hanis yang memuji suaminya sanggup berjaga awal pagi demi menjaga anak
.
Dia dalam masa sama turut menyatakan suaminya adalah wira sebenar dalam keluarga mereka kerana rajin dalam bab menguruskan anak-anak dan berjaga awal pagi demi menemani anak kedua mereka.
Wah Hairul Azreen bukan sahaja digelar wira dalam filem malah wira dalam keluarga nampaknya.
Baca artikel berkaitan : Wira, Filem Aksi Tanpa Henti Yang Wajib Anda Tonton
Dijengah ke ruangan komen, kebanyakan pengikut tertarik dengan kecomelan Alisa lebih-lebih lagi matanya yang begitu menawan. Hanis dan Hairul disatukan pada 5 Jun 2019 dan dikurniakan cahaya mata pertama Yusof Iskandar pada 2016 yang kini sudah berumur 3 tahun.