fbpx
Now Reading
Filem Nur Batal

Filem Nur Batal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya peminat drama Nur kempunan buat sementara ini untuk melihat ianya dipawagam apabila cadangan untuk mengangkat drama bersiri tersebut ke filem terpaksa dibatalkan .

Dipetik dari BH Online, perkara ini telah disahkan oleh pengarah drama berkenaan iaitu Shahrulezad Mohammedin yang menyatakan keputusan dibuat secara bersama oleh pihaknya, Radius One Sdn Bhd dan  Primeworks Studios atas banyak faktor.

“Pada mulanya, kita teruja hendak membawa drama Nur yang dihasilkan sebanyak dua musim kepada layar perak. Namun, selepas berbincang dengan PWS, kita setuju jalan cerita filem Nur berhadapann isu batasan masa.

“Faham sahajalah, durasi untuk filem adalah antara 90 minit hingga 110 minit. Apa yang dicadangkan sebagai kandungan cerita untuk filem ini amat berat. Jadi, kita tidak boleh memasukkan semua elemen kerana dikhuatiri menjejaskan plot cerita,” katanya kepada portal berkenaan.

Nur menjadi fenomena di Malaysia

Walaupun sedikit hampa, Shahrulezad tetap akur malah percaya yang Nur 3 lebih sesuai dijadikan drama berbanding filem.

“Kita lihat idea Nur 3 lebih sesuai untuk drama berbanding filem. Memang jauh di sudut hati, saya hampa dan terkilan tidak dapat mengarah filem. Namun, saya tidak boleh mementingkan diri sendiri. Saya tak boleh buat filem semata-mata hendak ikut aliran orang.

“Daripada menghasilkan filem Nur yang separuh ‘masak’ dan tangkap muat, lebih baik jangan. Nur sudah mencipta reputasi dan fenomena sendiri,” katanya lagi.

Baca artikel berkaitan : Pengarah Nak Buat Drama Bersiri Ustaz Madi

Saat ditanya apakah kisah Ustaz Adam dan Isteri yang dikenali di lorong gelap, Nur bagi musim ketiga akan diteruskan, Shahrulezad masih belum dapat memberi kepastian.

“Semuanya masih samar kerana perlu mendapat persetujuan PWS dan barisan pelakon,” katanya sebelum mengakhirkan perbualan.

Sumber Foto : BH/ NSTP

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.