fbpx
Now Reading
Zul Ariffin Tampil Perjelas Isu Video Lucah

Zul Ariffin Tampil Perjelas Isu Video Lucah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecoh media sosial apabila klip video lucah seorang lelaki yang dilihat mirip pelakon Zul Ariffin tular semalam. Video tersebut yang memaparkan aksi lelaki itu dalam keadaan berbaring sambil merokok sebelum menunjukkan alat sulitnya.

Netizen yang ingin tahu terus menyerang akaun IG pelakon berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut namun menjadi persoalan apabila dia menyahaktif akaun miliknya

Baca artikel berkaitan : Zul Ariffin Tutup Akaun IG, Vid Lucah Miripnya Tular

Dipetik dari Xtra, Zul akhirnya tampil membuka mulut mengenai isu panas tersebut. Dia mengakui agak kecewa apabila dirinya dikaitkan dengan kes sebegini. Malah pelakon kacak berkenaan turut menyifatkan yang dia telah menjadi mangsa video ‘deepfake’.

“Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya. Senang sangat nak cari visual saya untuk buat ‘deepfake’ ni.

“Tak sangka pulak kali ini saya pula menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ni orang buat kat ahli politik saja,” katanya kepada portal berkenaan.

Video lucah individu yang dikatakan mirip menyerupai rupa Zul Ariffin

Mengakui sedih dengan kejadian tersebut, Zul turut menasihatkan selebriti lain agar berjaga-jaga dan berhati-hati bagi mengelakkan menjadi seperti dirinya.

Diharap perkara ini dapat menjelaskan spekulasi liar tersebut dan seterusnya membersihkan nama baik pelakon berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.