fbpx
Now Reading
Sharifah Amani Terkilan Video Dirakam Tanpa Kebenaran & Dijadikan Meme

Sharifah Amani Terkilan Video Dirakam Tanpa Kebenaran & Dijadikan Meme

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Sharifah Amani baru-baru ini meluahkan rasa terkilannya di Twitter apabila seorang individu yang tidak bertanggungjawab telah merakam video gelagatnya tanpa kebenaran.

Yang lebih menyedihkan, klip video berkenaan kemudiannya telah dikongsikan kepada umum sebelum tersebar dan kini dijadikan bahan lawak ‘meme’ di laman Twitter.

“Ada sebuah video yang menunjukkan reaksi saya yang sedang terkejut kini tersebar di Twitter. Video itu diambil secara senyap tanpa kebenaran saya.

“Pada masa sekarang, saya rasa hal seperti ini agaknya sudah dianggap okay. Merakam orang tanpa kebenaran dan meletakkan apa sahaja kapsyen yang anda suka dan letak di media sosial. Terkilan,” tulisnya di Twitter.

Amani turut menambah, tindakan individu tersebut yang dibuat hanya demi mengejar retweets adalah amat mengecewakan.

“Saya sentiasa okay untuk berjumpa dengan orang yang memang ikhlas suka dengan hasil kerja saya (malah jika dia) mahu bergambar atau mahu (merakam) momen bercakap dengan saya. Saya sentiasa berterima kasih dengan mereka.

“Namun, perangai paparazi palsu ini sangat menyedihkanlah. Apa yang orang buat dengan banyak-banyak retweet. Kasihan,” ujarnya.

Sebelum ini trending di Twittter video memaparkan aksi amani sedang terkejut di hadapan sebuah kedai yang dijadikan meme.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.