fbpx
Now Reading
Janna Nick Throwback Momen Gembira 2019, Akui Semakin Lembut dan Manja Semenjak Bercinta

Janna Nick Throwback Momen Gembira 2019, Akui Semakin Lembut dan Manja Semenjak Bercinta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/tv/B6rwjnfn9yl/

Kalau peminat dunia hiburan perasan, semenjak menbuat pengakuan mengenai hubungan cintanya bersama pelakon baru Daini Schatzmann, Janna Nick dilihat sering berkongsikan foto-foto sweet sewaktu bersama kekasihnya , untuk tatapan umum.

Gadis yang sinonim dengan perwatakan sedikit kasar dan kelihat seperti tomboy ini juga dilihat semakin terserlah kewanitaannya apatah lagi saat bersama dengan kekasihnya itu.

Perkara tersebut turut diakui Janna Nick menerusi perkongsian terbarunya di Instagram. Pada pelakon wanita itu, semenjak menjalin hubungan cinta bersama kekasihnya, sifat dan keperibadiannya juga mula berubah. Malah sifat yang yang sedikit kasar sebelum ini juga kini semakin menjadi lembut dan manja.

“Terima kasih 2019, tahun yang paling banyak mengubah saya Daripada seorang wanita yang kasar dan ‘jantan’, sekarang lebih feminin dan manja, tapi dengan Dini Schatzmann sajalah. Kalau dengan orang lain, saya masih sama iaitu suka gelak kuat.

Janna dalam masa sama turut menyifatkan buat hatinya itu itu sebagai seorang yang penyabar, kerap bertolak ansur dan sentiasa positif dalam semua perkara. malah sangat menghormatinya dan melayannya dengan baik.

“Dia seorang yang kerap bertolak ansur, sangat penyabar, paling lembut dan positif. Untuk lelaki di luar sana, jangan ingat perempuan kasar tidak pandai nak hormat pasangan. Kalau lembut layanan diberi, maka lembutlah dia,” tulisnya di rungan kapsyen.

Terdahulu, Janna mengumukan bahawa hubungannya dengan Dini mula serius sejak Jun lalu. Difahamkan Dini juga sudah beberapa kali membawa Janna berjumpa dengan ibunya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.