fbpx

Tahniah! Izara Aishah Hamil 6 Bulan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama anak tiri Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Adib Khalid, pelakon Izara Aishah berkongsi berita kehamilannya yang sudah memasuki enam bulan

Izara dan suami yang memang mengimpikan untuk menimang cahaya mata pada tahun 2020 difahamkan bertindak mendiamkan diri pada 6 bulan pertama kerana pada fasa awal kehamilan, segala-gala boleh berlaku

“Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami

Pasangan ini yang disatukan pada 17 November 2017 sebelum ini lebih selesa untuk tidak bercerita mengenai perancangan mereka mengenai zuriat biarpun ada pihak yang mendakwa mereka berdepan masalah mendapatkan anak.

“Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tidak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri. Kami hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Pada masa sama, ada segelintir pihak di luar saya yang menuduh saya mandul.

“Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi,” katanya.

Dalam masa sama Izara turut memberitahu Berita Harian yang dia tidak mengalami sebarang alahan sepanjang kehamilan malah anaknya juga dalam keadaan baik

Saya langsung tiada alahan. Alhamdulillah, bayi dalam kandungan juga sihat. Saya sendiri masih memenuhi pelbagai undangan, termasuk majlis perkahwinan teman baik, Farah Nabilah, baru-baru ini.

“Semoga proses kelahiran anak kami nanti juga akan dipermudahkan,” kata Izara .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.