fbpx
Now Reading
Mamat Sepah Bakal Berkahwin Tahun Ini

Mamat Sepah Bakal Berkahwin Tahun Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelawak Mamat Sepah difahamkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2020 ini dan bakal mengumumkan tarikh perkahwinannya kelak.

Dipetik dari Gempak, selepas tiga kali menangguhkan majlis perkahwinannya bersama tunangnya, seorang anggota polis yang bertugas di IPD Shah Alam, Mamat berharap agar apa yang dirancang pada tahun ini menjadi.

“Selepas bertunang pada tahun 2018, kami pernah merancang untuk berkahwin pada Mac, kemudian tangguh ke April.

“Tapi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, anjak pula ke bulan Disember. Tapi sekali lagi rancangan tersebut ditangguhkan kerana saya mahu memberi fokus kepada Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

“Saya harap semua dapat doakan urusan saya dan tunang berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya kepada portal berkenaan.

Saat megimbau kembali kenangannya berkenalan dengan wanita itu, Mamat atau nama betulnya Mohd. Noor Murad sama sekali tidak tidak menyangka pertemuan mereka tanpa sengaja berubah menjadi lebih serius

“Saya pergi ke IPD Shah Alam sebab nak tolong kawan, kebetulan tunang saya yang kendalikan kes tersebut.

“Kami bertukar nombor telefon kerana saya nak tahu perkembangan kes. Lama-kelamaan hati terpaut dan saya terus bawa dia jumpa ibu,” katanya sebelum menutup perbualan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.