fbpx
Now Reading
Dikecam ‘Kaku’ Mengacara Dansa Dan Sing, Hady Mirza Tak Melatah

Dikecam ‘Kaku’ Mengacara Dansa Dan Sing, Hady Mirza Tak Melatah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya platform Gegar Vaganza Hady Mirza untuk membuat comeback ke dalam dunia hiburan begitu menjadi, malah rezeki nya yang juga pemenang acara berkenaan semakin melimpah ruah, sehingga di beri kepercayaan menjadi pengacara bagi program baru, Dansa Dan Sing.

Mengendali program tersebut secara langsung bersama Sherry Al Hadad buat kali pertama pada minggu lepas, kredibiliti Hady bagaimanapun dipertikai oleh banyak pihak.

Kebanyakan penonton mengkritik pembawakan Hady yang dikatakan agak kaku malah langsung tidak sesuai digandingkan dengan Sherry

Tidak menafikan perkara itu, Hady yang baru pertama kali menceburi bidang pengacaraan berharap agar penonton dapat memberikannya peluang untuk cuba memperbaiki diri.

Dalam masa sama, Hady juga tidak cepat melatah apabila dirinya dikecam dan dibandingkan dengan pengacara versatil, Alif Satar yang dikatakan sebagai gandingan paling sesuai buat pengacara wanita berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.