fbpx
Now Reading
Erra Fazira Buat Surprise, Mengacara Meletop Bersama Nabil Untuk Episod Pertama 2020

Erra Fazira Buat Surprise, Mengacara Meletop Bersama Nabil Untuk Episod Pertama 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7BPzE0B5Kr/

Berita pengunduran Neelofa dari rancangan Meletop sebelum ini mengejutkan banyak pihak, difahamkan keputusan itu dilakukan demi mengejar impiannya dan dalam masa sama bakal tampil dengan satu lagi program hiburan kendalian Astro.

Namun timbul pula persoalan dari orang ramai siapakah yang akan menggantikan tempatnya untuk bergandingan bersama Nabil ?

Sejak beberapa minggu lalu antara nama yang dikaitkan bakal mengisi kekosongan terbabit adalah Mira Filzah dan juga Ain Edruce, namun kedu mereka menafikan desas-desus terbabit malah pihak Astro dan Meletop turut merahsiakan siapakan gerangan yang akan bersiaran secara langsung dengan Nabil Ahmad nanti.

Bersiaran buat kali pertama dalam tahun 2020, selepas Nabil muncul secara langsung di set Meletop, pihak produksi telah menjemput Erra Fazira sebagai gandingan Nabil pada malam ini.

Erra hadir sebagai pengacara jemputan

Walaubagaimanapun kehadiran Erra Fazira adalah sebgai pengacara jemputan sahaja bagi menemani Nabil untuk episod pertama. Difahaman pengacara baru untuk program tersebut masih belum dimaklumkan lagi .

Bukan penampilan pertama Erra sebagai pengacara MeleTOP

Sebagai rekod, Erra Fazira pernah bergandingan bersama Awie dalam mengacarakan Meletop beberapa bulan lalu bagi menggantikan Nabil dan Neelofa yang kebetulan mempunyai urusan yang lain .

Saksikan video Erra bergandingan bersama Nabil bersama tetamu jemputan, Hael Husaini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.