fbpx
Now Reading
Syok Menyanyi Dengan Gadis Seksi, Peserta Malaysia Terkejut Isteri Berada Di Pentas [Video]

Syok Menyanyi Dengan Gadis Seksi, Peserta Malaysia Terkejut Isteri Berada Di Pentas [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

D’ Academy Asia adalah program realiti TV bertemakan nyanyian dangdut Asia yang disertai peserta dari kebanyakan negara dari Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Timor Leste, Thailand dan Filipina.

Malah program inilah juga menaikkan nama Baby Shima sehingga begitu di kenali bukan sahaja di Malaysia malah negara jiran, Indonesia. Malah racangan ini juga pernah tular di media sosial tempatan gara-gara Baby Shima diherdik oleh juri tetap, iaitu penyanyi dangdut Mas Idayu sehingga popularnya ayat “Ada Nampak Mummy Happy?” semasa D’Academy Asia musim ke 3.

Terbaru, program D’Academy Asia yang sudah memasuki musim ke 5, sekali lagi menjadi topik hangat di Twitter apabila seorang lagi peserta dari Malaysia, Azmirul Azman dikatakan ‘terkantoi’ di atas pentas sewaktu sedang asyik membuat persembahan dengan seorang gadis seksi iaitu penyanyi terkenal tuan rumah, Zaskia Gotik.

Menerusi video tersebut Azmirul dan Zaskia dilihat pada mulanya sedang berduet menyanyikan lagu Jangan Tinggalkan Aku nyanyian asal Imam S Arifin dan Nana Mardiana.

Yang menariknya mereka membawakan lagu tersebut dengan ‘feeling’ . Tidak setakat berpegangan tangan, mereka malah bergilir-gilir menyentuh wajah dan pinggang sesama sendiri tanpa menyangkakan yang pihak produksi bakal membuat kejutan buat Azmirul; dengan menerbangkan isterinya dari Malaysia ke Indonesia.

Tanpa semena-mena, kelibat Farah, isteri Azmirul mula kelihatan dari belakang stage, membuatkan studio menjadi hingar bingar. Namun pasangan yang sedang khusyuk menyanyi ini lansung tidak menyedari kehadirannya sehinggalah Farah berdiri betul-betul di sebelah mereka.

Azmirul yang begitu terkejut lantas bergerak dan menjauhi pasangan duetnya Zaskia. Malah dapat dilihat dari reaksinya yang langsung tidak menyangka akann kehadiran isterinya itu.

Namun menurut Azmirul, semua itu hanyalah untuk persembahan semata-mata tanpa ada sebarang niat lain di sebaliknya.

Saksikan video penuh di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.