fbpx
Now Reading
“Kasihannya kena tanggung tiga orang anak tiri”- Issey Kongsi Komen ‘Toksik’ Netizen

“Kasihannya kena tanggung tiga orang anak tiri”- Issey Kongsi Komen ‘Toksik’ Netizen

"Kasihannya kena tanggung tiga orang anak tiri"- Issey Kongsi Komen 'Toksik' Netizen 1

Tidak sampai sebulan pelawak dan penyampai radio, Issey bergelar suami kepada seorang ibu tunggal, sudah ada netizen yang tidak berpuas hati malah melontar komen berbaur sindiran terhadap isterinya, Noor Aimi Jamel, 32.

Perkara tersebut dikongsikan Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 33, dengan memuat naik komen tersebut di Instagram miliknya nya

“Kesiannya Issey kena tanggung tiga orang anak tiri” tulis individu tersebut diikuti dengan emoji ketawa.

Issey bagaimanapun berjaya mengawal kemarahannya malah membalasnya dengan penuh berhemat dan penuh positif

“Lagi happy ada lah sis.. Papa mereka ni meninggal dunia dalam kemalangan. Sekarang Allah amanahkan Issey untuk jaga mereka.

“Doakan issey jadi daddy yang terbaik untuk mereka ye? huhu. Ni komen dekat ig wife issey “

Di jengah ke ruangan komen rata-rata menyokong cara Issey menangangi perkara tersebut. Dapat diliht peminat dan rakan selebriti seperti Fad Bocey, Izzue Islam, Nadzmi Adhwa, Anas Ridzuan, Feeya Iskandar, dan ramai lagi turut menyokongnya dan mengecam tindakan netizen terbabit.

Terdahulu Issey menamatkan zaman solonya bersama pengurus sumber manusia, Noor Aimi Mohamed Jamil, pada 22 Disember 2019.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.