fbpx

Amir Jahari Dikecam Gara-gara Mohon Peminat Tidak Menjadikan Dirinya Sebagai Idola

Ciapan itu turut dipercayai menimbulkan rasa kurang senang khususnya kepada segelintir peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang di dunia ini pasti mempunyai individu yang dijadikan sebagai idola dan sumber inspirasi dalam kehidupan.

Selain tokoh ternama, artis merupakan antara orang yang sering dijadikan sebagai idola bagi kebanyakan individu.

Pemilihan ini bukan hanya berdasarkan kepada bakat semata-mata, namun faktor lain seperti keperibadian artis itu menjadikan dia dipilih sebagai idola seseorang.

Namun, tidak semua artis yang selesa apabila peminat menjadikan dirinya sebagai idola.

Mohon Peminat Jadikan Dirinya Sebagai Idola

Menerusi ciapan yang dibuat oleh penyanyi Amir Jahari di platform X, dia meminta agar peminat tidak menjadikan dirinya atau mana-mana individu sebagai idola.

Malah, dia turut menasihatkan agar individu memilih orang yang selayaknya seperti Nabi Muhammad SAW untuk menjadikan seseorang itu sebagai idola dan sumber inspirasi.

“Kepada mereka yang meng”idolakan” saya, Stop. Jangan idolakan dan mengagungkan manusia membuta tuli.

“Idolakanlah yang selayaknya. Rasulullah SAW,” ciap Amir.

Terima Kecaman Dari Pengguna X

Walau bagaimanapun, ciapan itu tidak mendapat sambutan baik dari kalangan pengguna X. Rata-rata daripada mereka mengecam pemenang Juara Lagu ke-38 itu.

Ciapan itu juga dipercayai turut menimbulkan rasa kurang senang khususnya kepada segelintir peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Ia berikutan Siti menerima kecaman daripada warganet selepas beliau menerima jemputan daripada David Foster di Indonesia baru-baru ini.

Namun, Amir mendakwa ciapan yang dibuat tiada kaitan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial itu.

Terdahulu, Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) meluahkan rasa kesal apabila Siti muncul dalam persembahan anjuran pihak David.

Ini kerana difahamkan, David merupakan antara selebriti yang aktif menyumbang dana kepada tentera Israel termasuk acara yang dianjurkan oleh Friends of Israel Defence Forces (FIDF).

Ekoran daripada itu, ramai menganggap Siti tidak sensitif selain daripada menjalin hubungan dengan individu yang menyokong Israel.

Walau bagaimanapun, peminat setia penyanyi yang popular dengan lagu Bukan Cinta Biasa itu tampil mempertahankan Siti dengan menganggap artis mereka mempunyai alasan tersendiri ketika menerima tawaran tersebut bagi menggantikan penyanyi Jessie J yang menarik diri pada saat-saat akhir.

Berikut antara komen pengguna X:

“Ada Ke Yang Mengidolakan Anda?”

“Saya Rasa Amir Patut Senyap Dahulu Tanpa Keluar Sebarang Kenyataan Sebab Isu Tengah Hangat Sekarang”

“Menyanyi Serupa Bercakap Pun Idola Ke”

“Kau Duduk Diam-Diam Dahla Amir, Sibukkan Diri Dengan Kerjaya, Biar Lagi Berkembang”

“Alhamdulillah Bagus Amir, Merendah Diri & Cepat-Cepat Sedar Supaya Tak Patut Diagungkan”

Baca Artikel Berkaitan: “Keputusan Siti Nurhaliza Sertai Konsert David Foster Mengecewakan” – BDS Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Belum Sempat Habiskan Nyanyian, David Foster Ambil Mikrofon Dari Siti Nurhaliza

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.