fbpx

“Saya Takkan Tutup Mata”- Aizat Amdan Tak Nak Pergi Ke Konsert Bruno Mars

Menurut Aizat, dia tidak akan ‘menutup mata’ selain merasakan tiada keperluan buatnya untuk menyokong produk mahupun mana-mana individu yang terlibat dengan Israel.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut tentang penyanyi Bruno Mars pasti ramai anak muda yang gilakan lagu-lagu nyanyiannya.

Malah ia juga sering dimainkan di corong-corong radio membuatkan penyanyi ini mempunyai peminat tersendiri di negara ini.

Lebih menarik perhatian apabila Bruno Mars turut dimaklumkan akan membuat konsert di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Namun ramai yang mula kurang senang apabila Bruno Mars didakwa penyokong Israel. Perkara itu mula menjadi bualan selepas penyanyi tersebut mengeluarkan kenyataan ‘Saya sayang Israel’ semasa membuat persembahan di Tel Aviv sekitar Oktober lalu.

Baca artikel berkaitan: “Anda Tidak Dialu-alukan Di Malaysia Bruno Mars!” – BDS Malaysia

Aizat Amdan enggan kompromi dengan penghibur yang menyokong Israel

Perkara sama turut dirasakan oleh penyanyi terkenal Malaysia, Aizat Amdan dia enggan menonton konsert penyanyi Amerika Syarikat yang bakal berlangsung pada September akan datang.

Tegas Aizat, ini kerana dia enggan berkompromi dengan penghibur yang pro-Israel.

Akui Bruno Mars penyanyi yang hebat dan sukakan lagu-lagunya, namun tak akan menutup mata untuk pergi konsert

Walau bagaimanapun, Aizat tidak menghakimi mana-mana individu yang menonton konsert tersebut kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendiri berhubung isu Palestin.

“Pilihan orang lain di luar bidang kuasa saya, tetapi bagi saya kita tidak boleh menghakimi kerana masing-masing ada cara dan perjuangan tersendiri.

“Secara peribadi bagi saya dia seorang penyanyi yang hebat, saya suka lagu dia tetapi saya tidak akan ‘menutup mata’ semata-mata mahu pergi ke konsertnya.

“Saya boleh sahaja dengar lagu dia diluar, saya tidak kisah. Ada batasnya sebagai manusia, takkan kita nak ikut sahaja kalau kita tahu dia menyokong Israel,” ujarnya lagi, dipetik Kosmo.

Tetap pendirian takkan sokong mana-mana individu dan produk yang sokong Israel

Malah Aizat turut berpendapat tiada keperluan buatnya untuk menyokong mana-mana produk mahupun individu yang berkaitan dengan Israel.

“Kalau kita dah tahu produk atau individu itu memberi dana kepada Israel, kita takkan sokong, mudah sahaja.

“Saya tidak akan menyokong mana-mana individu yang berperang dengan orang Islam. Ini adalah untuk muhasabah diri saya sendiri.

“Malah saya juga sentiasa berhati-hati dengan apa yang saya pakai, beli dan saya akan kenal pasti produk tersebut dari negara mana,” jelasnya lagi.

Setakat ini menerusi pengumuman yang dibuat oleh Live Nation Malaysia, sebanyak 85,000 tiket untuk konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur sudah terjual.

Untuk makluman konflik antara Palestin dan Israel masih lagi belum berakhir sejak Oktober lalu, malah akibat daripada peperangan itu banyak nyawa yang sudah terkorban.

Perkara ini membuatkan masyarakat di seluruh dunia memboikot mana-mana produk mahupun selebriti yang secara terang-terangan menyokong rejim Zionis.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.