Connect with us

Featured

“Ia Adalah Permintaan Saya Untuk Meninggalkan Astro” – Aznil Nawawi

Datuk Aznil Nawawi, seorang pengacara terkenal telah disahkan menamatkan perkhidmatannya sebagai Naib Presiden Pengurusan Bakat On Air Astro pada 1 Disember lalu.

Dia menafikan khabar angin bahawa dia mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang ditawarkan pihak Astro kepada pekerjanya penghujung tahun lalu.

Gambar: Illuminasi

“Ia adalah permintaan saya untuk meninggalkan Astro bagi memulakan perniagaan membuka kelas pengacaraan dan pengucapan awam kepada masyarakat.

“Jawatan saya sebagai Naib Presiden tiada tawaran VSS, saya mempunyai niat dah lama untuk memulakan perniagaan kelas pengacaraan

“Bila saya syorkan kepada pihak Astro mereka beri kelulusan dengan syarat saya masih lagi berkhidmat sebagai pengacara dan mengajar kelas mengajar bakat On Air” katanya kepada mStar Online.

Aznil berkata, dia masih lagi mempunyai kontrak sehingga tahun 2020 dan akan menjadi bakat eksklusif di stesen televisyen tersebut sehingga kontrak tamat.

“Kontrak sebagai talent itu berbaki dua tahun lagi dan saya masih meneruskan tanggungjawab mengajar bakat-bakat baru di Astro, ia cuma tidak terikat sahaja untuk bekerja secara tetap

“Saya mahu adakan kelas bergerak seluruh negara. Saya lihat orang menggunakan digital platform untuk berniaga dan kebolehan untuk bercakap depan kamera dan public speaking satu bisnes yang menjadi permintaan tinggi” jelasnya.

Sumber: mStar

Popular

“Saya Sudah Pun Terima Hukuman, Apa Motif Mereka?” – Shahrol Shiro

Hiburan

Nabila kecewa video lagu baharu ‘tiada tontonan’

Hiburan

Ganja Mempengaruhi Tahap Kesuburan Lelaki?

Gaya Hidup

Pilih ‘Ikat’ Anak Isteri Di Rumah, Ini 7 Sebab Suhaimi Saad Tidak Hantar Anak Ke Sekolah … #5 Paling Touching!

Trending

Connect