Connect with us

News

Ikan Dari Laut Dalam Terdampar Bawa Pentanda?

Media sosial Jepun heboh dengan desas-desus bakal berlaku bencana besar selepas ikan laut dilihat terdampar di pantainya sejak lebih seminggu lalu.

Dalam tempoh 10 hari lalu, tiga ikan spesies ‘oarfish’ itu ditemui di sekitar Teluk Toyama, jauh dari habitatnya 914 meter di bawah laut, lapor South China Morning Post. Ikan terakhir ditemui sepanjang empat meter ditemui terperangkap dalam jala, Isnin minggu lalu.

Menurut legenda, oarfish digelar ‘pembawa pesan dari istana dewa laut’ dalam bahasa Jepun dan timbul sebelum berlaku gempa bumi.

Beberapa hari sebelum gempa bumi pada 2011, 20 ikan itu ditemui terdampar di timur laut Jepun, lapor Live Science. Gempa bumi yang melanda tidak lama selepas itu, antara yang terburuk dalam sejarah, dengan 19,000 orang terbunuh manakala loji nuklear Fukushima turut dimusnahkan.

Puluhan ikan berkenaan juga ditemui sebelum gempa bumi dengan magnitud 8.8 melanda Chile pada 2010. Selain itu, seekor oarfish ditemui di pantai Agusan del Norte, Filipina, hanya beberapa hari sebelum Mindanao dilanda gempa besar pada Februari 2017.

Saintis memberi amaran tiada bukti sahih mengaitkan penemuan oarfish dengan gempa bumi, namun tidak menolak kemungkinan haiwan itu mampu mengesan bencana bakal berlaku.

Sementara itu, profesor perikanan di Universiti Kagoshima, Hiroyuki Motomura menganggap penemuan bangkai ikan itu tidak membawa apa-apa petanda.

“Saya percaya spesies ini akan muncul di permukaan apabila keadaan fizikalnya semakin lemah. Disebabkan itu ia lazim sudah mati apabila ditemui,” katanya.

SUMBER : Harian Metro

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect