Inspirasi

Indah Ruhaila Bernikah Ahad Ini

Penyanyi cantik bersuara lunak, Indah Ruhaila, 30 tahun, mengakui akan bernikah pada hujung minggu ini bersama jejaka pilihan hatinya.

IG Indah Ruhaila

Namun, majlis yang bakal diadakan itu hanya akan dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja kerana ia dilakukan secara sederhana dan tertutup.

IG Indah Ruhaila

“Saya minta maaf, jauh di lubuk hati saya mahu berkongsi kegembiraan ini dengan semua. Terima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya saya selama ini,” katanya.

Indah memohon maaf kepada rakan media kerana tidak dapat menjemput mereka atas sebab menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

IG Indah Ruhaila

Walau bagaimanapun, dia akan memperkenalkan bakal suami dan memberi kenyataan rasmi selepas majlis pernikahan selesai nanti.

Semoga majlis pernikahan berjalan lancar dan para peminat pasti tak sabar ingin tahu siapa jejaka yang berjaya menambat hati penyanyi cantik ini.

Sumber: mStar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top