Connect with us

Hiburan

“Ini berlaku adalah disebabkan konflik dalaman saya sendiri” – Remy Ishak Nyatakan Punca Putus Tunang

Pelakon Remy Ishak mengesahkan dirinya putus tunang dengan Ezza Yusuf sejak sebulan yang lalu.

Menurut Remy, perkara itu tidak ada kaitan dengan pihak ketiga seperti didakwa sesetengah pihak.

“Memang ada berlaku krisis dalam hubungan kami namun bukan disebabkan kehadiran orang ketiga.

“Benar, tidak adil untuk saya menangguhkan perkahwinan kerana tidak pasti dengan hala tuju hubungan ini.

“Ezza seorang yang baik dan apa yang berlaku ini bukan salah Ezza.

“Sebaliknya ini berlaku adalah disebabkan konflik dalaman saya sendiri.

“Tempoh dua tahun pertunangan ini membuatkan saya sedar diri masih belum bersedia menjadi suami dan masih banyak yang perlu saya perbaiki,” jelasnya.

Remy ditemui ketika majlis pelancaran duta minuman Origina sebentar tadi.

Mengulas mengenai Ezza, Remy menjelaskan perkara itu tidak menjejaskan hubungan antara Ezza dan juga keluarganya.

“Putus tunang tapi masih baik. Saya tidak mempunyai masalah dengan Ezza dan hubungan kami masih lagi berkawan.

“Sekarang kami dalam tempoh bertenang. Tempoh bertenang diperlukan untuk memperbaiki diri, cincin masih belum dipulangkan namun kedua-dua keluarga telah dimaklumkan.

“Serahkan segalanya kepada takdir, andai ada jodoh, saya tidak menolaknya,” jelasnya.

Bagimanapun, Remy enggan memberikan komen lanjut mengenai pemulangan cincin tunang kerana perkara itu terlalu peribadi.

“Hubungan ini bukan hanya melibatkan saya tetapi juga keluarga Ezza.

“Keluarga kami tidak ada masalah, jadi banyak hati yang perlu dijaga.

“Rasanya tidak manis untuk saya memberikan komen mengenai perkara itu,”ujarnya

Terdahulu, Remy mengikat tali pertunangan dengan Ezza pada Mei 2017.

Sebelum ini, status pasangan itu menjadi tanda tanya sejak tahun lalu.

Namun pengakuan Remy mengenai statusnya yang solo menerusi sesi Instagram Live baru-baru ini mengesahkan spekulasi tersebut.

Sumber : Gempak.com

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect