Connect with us

News

Ini Sebab Sultan Selangor Gantung Darjah Kebesaran Najib & Rosmah

Darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor telah digantung sementara selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, lapor Astro Awani.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya penggantungan sebenarnya telah pun berkuat kuasa 6 Mei lalu.

Antara faktor pergantungan itu adalah kedua-dua individu sedang menghadapi beberapa pertuduhan melibatkan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Menurut Mohd Amin , penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran yang dikurniakan DYMM Sultan Selangor ini akan disemak semula selepas kes dimuktamadkan di mahkamah.

“Penggantungan ini selaras dengan kuasa Baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di negeri Selangor,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Najib dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri pada 2004, dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) Kelas Kedua yang membawa gelaran Datuk pada 1992.

Rosmah pula dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) membawa gelaran Datin Paduka Seri pada tahun 2005.

Sumber: Astro Awani

Popular

Dirasakan Terbaik Untuk Mereka Berdua, Aliff Aziz dan Bella Astillah Sah Bercerai

Trending

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

Gambar Tidur Aliff Aziz Bersama ‘Gadis Seksi’ Tersebar di Media Sosial?

Trending

Connect