fbpx
Now Reading
Azam Miliki Rumah 5 Tahun Lalu, Kini Pada Umur 24 Tahun Gadis Ini Berjaya Miliki Rumah Idaman Sendiri

Azam Miliki Rumah 5 Tahun Lalu, Kini Pada Umur 24 Tahun Gadis Ini Berjaya Miliki Rumah Idaman Sendiri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memiliki rumah memang menjadi impian setiap orang. Ia merupakan kemudahan yang wajib ada selain kenderaan untuk bergerak. Tetapi, dengan harga rumah yang meningkat dari tahun ke tahun, sudah tentulah orang muda yang baru mula bekerja sukar untuk memiliki rumah idaman. Tambah kalau kerja gajinya tak seberapa, nak buat pinjaman pun susah. Alamatnya, menyewa la sampai ke tua.

Namun seorang wanita yang dikenali sebagai Cek ifa telah berkongsi tips mudah untuk membeli rumah idaman di usia muda. Walaupun baru berusia 20-an, dia sudahpun mampu untuk menginap di rumah yang dibeli sendiri berbanding belia-belia di luar sana yang mungkn baru mula bekerja tetap. Jom kita ikuti perkongsiannya dibawah.

Alhamdullilah, azam 2017 Ifa dah tercapai untuk beli rumah in age 24. Ifa nak share tips how to buy your own asset dalam masa 2 tahun punya planning.

Sorry guys..gmbaq Ifa pakai selipar ja sebab masa amek gambaq ni rumah dah 80% nak siap.So jalan pun nak masuk ke rumah tak lawa lagi. Selipar ja la jawabnya.

 

1. Guys, simpan duit niaga tu dalam bank korang. Even sikit 200 300 pun simpan dalam bank. Biaq ada dalam transaction bank tu duit kluaq masuk. Kalau korang nak amek duit tu pun jangan sampai abes korang amek. Tinggal la sikit dalam bank tu okay?

Make sure korang ada transaction dalam akaun bank okay. But better lagi kalau korang ada bisnes punya akaun. Lagi power sebab bank akan tengok walaupun korang buat bisnes kecik je, tapi diambil kira okay.

2. Duit Over Time (OT) korang setiap bulan tu penting guysEven korang buat ot ikot moodcam Ifa ni, tapi RM50 pun bank amek kira okay sebagai income kita for that month.tapi ot ni 3 bulan ja depa kira. Tak da la sampai setahun depa amek kira.

3. Setengah bank depa amek kira ASB loan as an income but ada setengah amek kira as expenses kita tapi nanti last thread ni Ifa akan habaq bank apa yang baguih untuk beli tapi bank yang Ifa pakai ni dia kira ASB loan as expenses. So kena korek lagi kat mana incomemasuk.

4. Korang carik rumah yang mana developer yang tanggung kos lawyer, kos segala mak nenek kos untuk beli umah tu. Memang kita akan ingat alah, semua tu termasuk dalam harga rumah tapi yes kalau korang kira balik sama ja duit korang nak bawa kuar bayaq itu bayaq ini kan?

Maybe rezeki Ifa beli umah ni developer include everything. Free   lawyer, dapat rebate 10% from downpayment.

Ifa hanya bayaq downpyment 1% ja dari downpayment sebab dapat rebate bapak banyak gila. Tapi alhmdullilah syukur sangat Allah permudahkan jumpa developer yang best.

5. Orang kata nak beli rumah murah time lagi 2 tahun nak siap masa depa pecah tanah tu dah beli, betoi tu. Masa tu murah korang nak beli rumah. Time Ifa ni, rezeki Ifa dapat dok dah rumah ni sekarang. Beli pertengahan tahun haritu hujung tahun dah boleh duduk. Tapi korang kena rajin servey nah.

6. Last sekali, korang tanamkan azam setiap tahun walaupun tak capai korang tanamkan azam nk beli umah sebelum umur berapa. Ifa setiap tahun sejak umur 19 dah tanam azam nak beli rumah sebelum umur 25 dan Alhamdullilah it’s come true. Before 25 dah dapat. Allah dengaq doa Ifa.

Ifa doakan korang dapat inspirasi dari Ifa. Kalau nak tanya apa-apa dm ja Ifa nah. Insyallah Ifa akan bantu korang. Ifa suka tengok anak-anak muda ada matlamat dan beli asset dalam usia muda hasil ttik peluh kita. Doakan Ifa juga supaya dapat beli second house before 30. In sha Allah.

Sumber : Cek ifa‏ 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.