fbpx
Now Reading
“Saya Masih Boleh Menyanyi Seperti Biasa”

“Saya Masih Boleh Menyanyi Seperti Biasa”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi cantik, Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana, 30 tahun, berkata dia masih mampu untuk menyanyi macam biasa walaupun ada kalanya berasa cepat letih.

tv14.my

“Saya masih boleh bekerja cuma ada ketika saya sukar bernafas dan sesak dada tetapi selepas berehat seketika, saya pulih,” katanya sambil menyatakan ada pihak takut menjemputnya untuk membuat persembahan.

Menurutnya, kini dia lebih tenang dan lega bila dapat memberitahu semua pihak mengenai penyakit kanser yang dirahsiakan selama ini.

beautifulnara.com

Pada mulanya, dia agak risau jika orang akan menjauhi diri daripadanya tetapi apa yang berlaku sebaliknya, ramai pihak yang menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada dirinya.

rotikaya.com

Bukan itu saja, kelab peminat Elyana Official Fan Club turut mengadakan majlis solat hajat dan doa selamat untuknya di Kuala Lumpur pada malam tadi.

Semoga Elyana bertambah kuat melawan penyakit demi suami, anak, dan keluarga serta peminat kerana ramai yang mendoakan yang terbaik untuk anda. Fighting!

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.