fbpx

Iqram Dinzly Cium Dahi, Johan As’ari Digelar Kunyit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini segala kelakuan Iqram Dinzly mendapat perhatian warga laman sosial. Ada yang memberi kata-kata semangat dan ada juga yang mengkritiknya.

Terbaru, rakan artis, Johan Arrif atau lebih dikenali Johan As’ari telah melawat Iqram untuk memberi sokongan terhadap rakan seperjuangannya itu nyata mendapat pujian warga laman sosial.

Johan dilihat memuatnaik gambar Iqram mencium dahinya sebagai penghargaan kepadanya yang datang memberi semangat tetapi disalah faham oleh para netizen.

Seorang lelaki meninggalkan komen “kunyit” di gambar tersebut dan ia telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai namun Johan hanya membalasnya dengan doa semoga lelaki itu terbuka hati untuk berubah.

Selain itu, golongan lelaki dilihat memberi komen positif kerana mereka faham itu hanyalah ciuman daripada seorang sahabat untuk seorang sahabat.

Malah, ada peminat memberi penjelasan lanjut tentang makna di sebalik ciuman itu di ruangan komen gambar.

Semoga Johan dapat memberi semangat kepada Iqram agar dia kembali positif untuk meneruskan kehidupannya selepas kehilangan ayahanda tercinta baru-baru ini.

Sumber: IG Johan As’ari

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.