fbpx

Pernah Diejek Sebab Rapat Dengan Kerbau, Pelajar 14 Tahun Dapat Anugerah Khas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Minggu lalu tular di media sosial foto seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang mempunyai hubungan akrab dengan kerbau peliharaannya.

Muhamad Syukur Khamis, 14, yang berasal dari SMK Padang Midin, Terengganu telah diberikan Anugerah Pelajar Unggul oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu kerana mempunyai kelebihan unik sehingga dilihat begitu mesra dengan kerbau peliharaannya.

“Terima kasih kepada pihak sekolah atas penghargaan hari ini, tidak lupa guru-guru serta kawan-kawan yang turut sama meraikan,” kata Syukur seperti dipetik dari portal Bernama.

“Saya bangga kerana selepas gambar itu menjadi viral, rakan-rakan ramai yang bertanya bagaimana saya boleh berinteraksi dengan baik bersama “rakan-rakan” saya itu, saya kata kepada mereka, saya dah bergaul dengan haiwan ini sejak dari kecil,” tambahnya.

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.